بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum
w.b.t.
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana
dengan limpah kurnianya kita dipanjangkan usia untuk meneruskan amanah yang
dipertanggungjawabkan kepada kita untuk setahun lagi dalam keadaan sihat
sejahtera.
Di kesempatan
ini, saya mengucapkan selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat
datang kepada guru-guru yang baru melaporkan diri ke sekolah ini. Sama-samalah
kita memulakan tahun baru ini dengan azam dan tekad serta usaha yang lebih
gigih ke arah merealisasikan visi
dan misi sekolah. Keikhlasan kita
dalam menyampaikan ilmu yang diamanahkan perlu dititikberatkan, mudah-mudahan
mendapat keredhaan daripada Allah SWT.
Buku “Fokus 2015
BRASS” ini telah dirangka untuk dijadikan sebagai garis panduan dalam usaha
merancang, melaksana dan menilai tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada
kita. Sejajar dengan alaf baru, maka seharusnya
mutu pendidikan kita semakin maju ke hadapan sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) dan
diperkembangkan lagi dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0). Para pendidik harus mempunyai hala tuju yang jelas
dan mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme agar mampu memberi impak
yang tinggi terhadap kecemerlangan anak didik dalam bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah. Semoga dapat digunakan dengan sebaik mungkin dan
sentiasa memandu kita mengikut landasan yang betul dan serta ke arah matlamat
yang telah ditetapkan.
Sesi
persekolahan 2015 diharapkan dapat mencorak BRASS menjadi sebuah institusi pendidikan yang
terbilang dan saya mendoakan agar warga BRASS
akan meneruskan usaha menambahkan nilai bagi semua program yang
dirancang untuk dilaksanakan. Insya-ALLAH, komitmen yang tinggi yang
ditunjukkan oleh seluruh warga sekolah akan membawa BRASS ke mercu kejayaan.
Insya-ALLAH...
“Cendekia, Etika & Terampil”
“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015
& SELAMAT BERTUGAS”
HJ ABDUL
RAZAK BIN HJ AHMAD
Pengetua
Bukit Rangin Secondary
School, KUANTAN
Disember 2014
No comments:
Post a Comment