MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 16 May 2013

Hari Guru 2013

 
1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
 
1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.















































 
Barisan para Pentadbir dan Guru BRASS merakamkan sekalung penghargaan kepada Badan Pengawas, Badan Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber dan semua murid atas kejayaan menganjur dan menjayakan majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Terima kasih semua!

Thursday, 9 May 2013

PARADIGMA 2012



Majalah PARADIGMA 2012 Edisi ke-10 telah diterbitkan. Kepada semua murid dan bekas murid BRASS, jangan ketinggalan untuk mendapatkan naskhah anda daripada guru kelas masing-masing (guru kelas tahun lepas). Jadikan Paradigma sebagai koleksi atau memori selama berada di sekolah kesayangan anda. Selamat membaca!

Tuesday, 7 May 2013

Hari Hol


Almarhum Sultan Abu Bakar Ri`ayatuddin al-Muadzam Shah, Sultan Pahang ke-4

Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu Hari Hol. Hari Hol disambut pada 7 Mei setiap tahun dan merupakan cuti umum Negeri Pahang.
 
Menurut Kamus Dewan, Hari Hol bermaksud kenduri arwah yang diadakan setahun sekali. Justeru Hari Hol Negeri Pahang yang bermula pada tahun 1974, merupakan hari memperingati kemangkatan kemangkatan Sultan Pahang ke-4, Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang sekarang. Serentak dengan hari pemakaman Sultan Abu Bakar, semua jabatan kerajaan negeri, persekutuan dan swasta diarah bercuti selama sehari. (akuanakpahang.blogspot.com)
Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Saturday, 4 May 2013

Pilihan Raya Umum ke-13



Pemandangan 5 tahun sekali! Seperti mana tempat-tempat lain, begitulah juga kawasan Bukit Rangin yang turut meriah dengan bendera-bendera pilihan raya yang akan berlangsung esok, 5 Mei 2013, selepas Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bermakna suasana seperti ini akan hanya dilihat dan dirasa lima tahun lagi iaitu pada tahun 2018 yang akan datang.



Walau bagaimanapun, murid-murid BRASS telah diingatkan oleh Penolong Kanan HEM untuk TIDAK TERLIBAT dalam sebarang unsur politik sepanjang proses sebelum, semasa atau selepas pilihan raya. Menurut Peraturan 7 dalam Ordinan Pendidikan 1957 Peraturan-peraturan Murid dan (Disiplin Sekolah) 1959:-
"Murid-murid di bawah 21 tahun adalah dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti politik:
  1. Berkempen untuk mendapat undi  bagi pihak sebarang parti politik atau organisasi atau sebarang  calon di mana-mana tempat pengundian.
  2. Dengan hasrat menyokong atau menentang sebarang parti politik atau organisasi atau pencalonan  sebarang individu atau pihak yang lain di sebarang pengundian, berpidato atau menghalang sebarang perkumpulan orang ramai yang diluluskan oleh undang-undang.
  3. Mengedar atau menyebabkan pengedaran sebarang risalah politik atau dokumen atau propanganda bagi pihak atau menyokong sebarang parti poitik atau organisasi atau ada kaitan dengan seseorang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.
  4. Berterusan menganggu peraturan-peraturan sebarang kumpulan orang ramai  dengan cara yang mungkin menghalang mesyuarat.
  5. Mengambil bahagian dalam sebarang perarakan yang dikelolakan  atau diadakan  dengan tujuan menyokong atau menentang sebarang parti politik atau  sebarang calon yang bertanding dalam sebarang pengundian.  Dalam “pengundian” bermaksud pengundian bagi ahli Dewan Undangan Negeri atau sebarang Majlis Tempatan."
Sekiranya seseorang murid telah melanggar peraturan tersebut di atas, ia boleh dengan perintah menggantung murid itu dari hadir di sekolah selama suatu tempoh yang difikirkannya patut, atau membuang murid itu dari sekolah. 

Kesimpulannya, tugas murid-murid adalah belajar. Pilihan raya adalah urusan orang dewasa.  Larangan ni termasuklah komen atau status dalam Facebook, Tweeter atau se bagainya. Kalau bersemangat sekalipun, tunggulah sampai umur 21 tahun. Masa tu bukan setakat mengundi, nak masuk jadi calon pun boleh. Semga Pilihan Raya 2013 berjalan dengan aman, harmoni dan demokratik.

Selamat Mengundi!