MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 13 January 2015

Kibaran BRASS di Puncak Kinabalu

Tahniah Adik Asyraf Hibatullah dari kelas 2 Bestari kerana telah berjaya dalam ekspedisi menawan Gunung Kinabalu bersama bapanya dan pasukan ekspidisi. Lihat saja Asyraf bersama bendera  BRASS dan KRS di atas puncak Gunung Kinabalu. Mendaki gunung bukanlah mudah. Ia memerlukan keberanian, kekuatan dan stamina yang tinggi untuk menuju ke puncak. Peralatan saja tidak cukup. Kemahuan saja tanpa usaha pasti tidak akan membuahkan hasil. 

Semoga Asyraf juga berjaya dalam pendakiannya sebagai pelajar BRASS. Semoga berjaya sehingga ke puncak jaya!



Penyampaian Wang Bantuan Khas RM100

Penyampaian wang bantuan khas persekolahan dilaksanakan di kelas-kelas dan Dewan Bitara BRASS bermula jam 11 pagi sehingga 12 tengahari. Seterusnya ibu bapa/penjaga boleh memperolehinya di pejabat sekolah. Wang bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak di awal tahun.





Monday, 12 January 2015

English Diagnostic Test for Form 1

English diagnostic test for the new Form 1 students is aimed for class streaming. The students will be classified according to their achievement in the diagnostic test and the UPSR examination result. The students will start their lesson this Thursday soon following the Orientation days which have been commomerated since last Monday until today.




Hari Pertama Persekolahan 2015


Sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Januari, seminggu lewat dari tarikh yang sepatutnya iaitu 5 Januari. Ini adalah kerana bencana banjir yang sangat teruk melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang sehingga memusnahkan banyak prasarana sekolah di negeri-negeri tersebut. Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menagguhkan sesi persekolahan selama seminggu bagi memberi ruang kepada sekolah-sekolah terbabit untuk menjalankan operasi pembersihan pasca banjir.

Semoga mentari 2015 akan lebih bersinar dan jauh daripada bencana yang tidak diduga. Aamiin!







Thursday, 8 January 2015

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100

Kepada;
Ibu Bapa / Penjaga
Murid-murid BRASS

Berhubung dengan wang Bantuan Khas Awal Persekolahan berjumlah RM100 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini, ibu bapa / penjaga bolehlah datang ke sekolah seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh   :   13 Januari 2015 (Selasa)
  • Masa     :   11 pagi - 4 petang
  • Tempat :    Kelas anak yang berkenaan
Harap maklum.
Terima kasih.

Monday, 5 January 2015

Kumpulan Pengurusan & Pentadbiran

Pengetua
TN HAJI ABDUL RAZAK B AHMAD

PK Pentadbiran
PN HAJAH HANILIZA BT SULAIMAN

PK Hal Ehwal Murid
EN NAZLI B MAHMUD

PK Kokurikulum
PN NORZIAH BT JOHOD