Sesi persekolahan tahun 2015 bermula pada 12 Januari, seminggu lewat dari tarikh yang sepatutnya iaitu 5 Januari. Ini adalah kerana bencana banjir yang sangat teruk melanda negeri-negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Pahang sehingga memusnahkan banyak prasarana sekolah di negeri-negeri tersebut. Kementerian Pelajaran telah memutuskan untuk menagguhkan sesi persekolahan selama seminggu bagi memberi ruang kepada sekolah-sekolah terbabit untuk menjalankan operasi pembersihan pasca banjir.
Semoga mentari 2015 akan lebih bersinar dan jauh daripada bencana yang tidak diduga. Aamiin!
No comments:
Post a Comment