MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday, 9 September 2010

Peperiksaan Percubaan PMR

25 Ogos 2010. Peperiksaan bermula pada 20 Ogos dengan kertas Bahasa Arab bagi Kelas Cendekia dan berakhir pada 26 Ogos. Calon-calon diasimilasikan dengan suasana peperiksaan sebenar dan mereka ditegaskan untuk sentiasa membawa keperluan-keperluan peperiksaan terutamanya Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan selain daripada alat tulis yang dibenarkan dibawa di dalam plastik lut sinar, bukan bekas pensil sepertimana kebiasaan.

Sumbangan Aidilfitri

23 Ogos 2010. Sumbangan disampaikan oleh Unit Kebajikan dan pihak Pentadbiran SMK Bukit Rangin kepada keluarga termiskin dalam kalangan murid-murid. Semua keluarga tersebut berada di sekitar Permatang Badak dan Bukit Rangin. Terima kasih kepada panyumbang yang berhati mulia, semoga rezeki anda makin bertambah dan diberkati Allah S.W.T.


Wednesday, 8 September 2010

Sambutan Hari Merdeka ke-53 Peringkat Sekolah

31 Ogos 2010. Dewan Bitara SMK Bukit Rangin.
Acara:
1.  Nyanyian Lagu Tanggal 31 Ogos secara beramai-ramai
2.  Bacaan Perutusan
3.  Gurindam Hari Merdeka
4.  Laungan Kemerdekaan

Tuesday, 24 August 2010

Mesyuarat Agung Koperasi

Tarikh : 19 Ogos 2010
Tempat : Dewan Bitara SMK Bukit Rangin
Ahli       : 1009 orang
Agenda :
1.   Ucapan Alu-aluan Pengerusi, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus.
2.   Ucapan Pegawai Suruhanjaya Koperasi, Cik Ruzila
3.   Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2009
4.   Laporan Koperasi 2010 oleh Setiausaha, Puan Zuraida bt Samsudin
5.   Laporan Kewangan Koperasi 2010 oleh Bendahari, Puan Saadiah bt Mohd Ali
6.   Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi dan Anggota 2010
7.   Pembentangan Usul
Banner
Bacaan doa
Barisan `orang kuat' Koperasi
Ucapan Pengerusi
Ucapan Pegawai Suruhanjaya Koperasi
Laporan Setiausaha
Laporan Bendahari
Pencatat
ALK 2010
Ahli-ahli wanita
Ahli-ahli Lelaki
 
Ahli Wanita
Bantahan Usul
Cadangan
Bantahan
 Cadangan
Cenderamata penghargaan

Friday, 20 August 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Jalur Gemilang

16 Ogos 2010. Panatia Sejarah dengan kerjasama Panatia Sivik dan Kewarganegaraan bersama-sama berganding bahu menganjurkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada Perhimpunan Mingguan minggu ini. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Haniliza binti Sulaiman. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Pada pelancaran ini, Puan Norkamalizan menjelaskan kepada murid-murid tentang kepentingan mengekalkan sebuah negara merdeka dan peri pentingnya bendera negara sebagai jata negara. Beliau juga membacakan beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini antaranya teka silangkata, buku skrap, bacaan sajak, pertandingan mengarang esei dan sebagainya. Murid-murid juga dihidangkan dengan tayangan video perjuangan ke arah kemerdekaan bagi mengiringi bacaan sajak oleh Amirul Shafik bin Shukor (5 Terampil). Sebanyak 6 buah lagu patriotik dinyanyikan bersama oleh murid-murid dan guru-guru sebagai penutup tirai pelancaran.
Sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan kerana laungan Merdeka! saja tidak cukup sekiranya jiwa dan diri kita sendiri tidak merdeka daripada fahaman dan tingkah laku penjajah. Bukan mudah untuk mendapatkan kemerdekaan negara kerana ianya diiringi titisan darah dan air mata. Justeru, janganlah pula kita mengambil mudah apabila telah merdeka kerana bukan mudah pula untuk mengekalkan kemerdekaan tanpa ideologi pihak asing. Selamat Hari Merdeka!!!