MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 20 August 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan & Kempen Jalur Gemilang

16 Ogos 2010. Panatia Sejarah dengan kerjasama Panatia Sivik dan Kewarganegaraan bersama-sama berganding bahu menganjurkan Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada Perhimpunan Mingguan minggu ini. Pelancaran disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Haniliza binti Sulaiman. Tema Hari Kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi. Pada pelancaran ini, Puan Norkamalizan menjelaskan kepada murid-murid tentang kepentingan mengekalkan sebuah negara merdeka dan peri pentingnya bendera negara sebagai jata negara. Beliau juga membacakan beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Bulan Kemerdekaan ini antaranya teka silangkata, buku skrap, bacaan sajak, pertandingan mengarang esei dan sebagainya. Murid-murid juga dihidangkan dengan tayangan video perjuangan ke arah kemerdekaan bagi mengiringi bacaan sajak oleh Amirul Shafik bin Shukor (5 Terampil). Sebanyak 6 buah lagu patriotik dinyanyikan bersama oleh murid-murid dan guru-guru sebagai penutup tirai pelancaran.
Sama-samalah kita menghayati erti kemerdekaan kerana laungan Merdeka! saja tidak cukup sekiranya jiwa dan diri kita sendiri tidak merdeka daripada fahaman dan tingkah laku penjajah. Bukan mudah untuk mendapatkan kemerdekaan negara kerana ianya diiringi titisan darah dan air mata. Justeru, janganlah pula kita mengambil mudah apabila telah merdeka kerana bukan mudah pula untuk mengekalkan kemerdekaan tanpa ideologi pihak asing. Selamat Hari Merdeka!!!

No comments:

Post a Comment