28 Nov 2010. Cubit peha kanan, peha kiri juga terasa. Begitulah ibaratnya apa yang boleh dikatakan kepada warga SMK Bukit Rangin yang turut bersimpati dengan Puan Aini binti Razik (Ketua Bidang Sains & Matematik) dan keluarga kerana pemergian suami tercinta, Encik Mohmad Sidik bin Hussin, ke rahmatullah pada pagi ini kerana penyakit barah yang dideritai sekian lama. Kami mendoakan semoga roh Encik Mohmad Sidik dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan semoga termasuk dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada Puan Aini dan keluarga, semoga sabar dan tabah menghadapi kehilangan insan yang tercinta. Sesungguhnya daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita kembali. Al-Fatihah.
MENGENALI SMKBR
SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Sunday, 28 November 2010
Tuesday, 23 November 2010
Selamat Berjuang!
23 Nov 2010. Bermula daripada hari ini sehingga 16 Disember 2010, pastinya calon SPM tidak senang duduk mengingatkan kertas-kertas peperiksaan yang akan dijawab. Ibarat kata pepatah; makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Walau bagaimanapun, bagi yang bersedia dari awal tentunya boleh bernafas lega. Begitulah seelok-eloknya, ibarat kata orang tua-tua dulu, sediakan payung sebelum hujan. Bukannya dah hujung-hujung baru nak buka buku. Orang Putih kata, don't wait till the eleventh hour! Orang Melayu kita juga ada kata, jangan dah terantuk baru nak tengadah! Memang cari padah. Nanti menyesal tak sudah. Kalau tak faham peribahasa-peribahasa yang ada dalam catatan ini, silalah rujuk guru bahasa masing-masing. Ilmu tu....
Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM 2010. Anda akan dapat daripada apa yang telah anda usahakan, insya Allah.
Jadual SPM 2010
Sunday, 21 November 2010
Hari Raya Aidiladha
17 Nov 2010
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."
(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H!!!
[Sumber dipetik daripada Wikipedia (sebuah ensiklopedia bebas)]
Tuesday, 16 November 2010
Salam Akhir Pn. Azhariah
15 Nov 2010. Sempena dengan persaraan Puan Azhariah bt Hussain, mantan Pengetua SMK Bukit Rangin (2001-2007), beliau dibawa melawat ke sekolah-sekolah yang pernah beliau berkhidmat sepanjang tempoh menjadi guru di sekitar bandar Kuantan. Lawatan diiringi oleh murid-murid dan pengurusan pentadbiran SMK Sultan Abu Bakar, tempat beliau bertugas sekarang, dengan menaiki bas sekolah tersebut. Antara sekolah-sekolah yang dilawati ialah SMK Bukit Rangin, SMK Air Putih, SMK Alor Akar dan SMK Saint Thomas.
Terima kasih kita ucapkan kepada Puan Azhariah kerana sudi singgah di SMK Bukit Rangin dan Selamat Maju Jaya diucapkan.
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat.
Buat kenangan sepanjang hayat.
PSK di Pantai Sepat
13 Nov 2010. Sepertimana tahun sebelumnya, Panitia Sivik & Kewarganegaraan sekali lagi melaksanakan program komunitinya di Pantai Sepat bersama-sama murid Tingkatan 3 dan 4. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan mengutip sampah antara kumpulan, barbeque dan sukan pantai. Program tamat sekitar jam 12.15 tengah hari.
![]() |
| Collage generated with Smilebox |
Wednesday, 10 November 2010
Guru SMK Bukit Rangin 2010
Duduk dari kiri: En. Shahril, En. Mohd Puzi, En. Mohd Nazim, En. Hazit, Pn. Marina (KB Vokasional & Teknologi), Pn. Aini (KB Sains & Matematik), Pn. Haniliza (PK Pentadbiran), Tn Hj Abdul Rahim (Pengetua), En. Mohd Nasri (PK HEM), En. Rosli (PK Kokurikulum), En. Azhar, Pn. Norhasimah (KB Kemanusiaan), Pn. Wan Shukriah (KB Bahasa), Pn Zakiah Malek & Pn. Noor Azmah.
Berdiri barisan 1 dari kiri: Pn. Siti Nurasyikin, Pn. Siti Zaleha, Pn. Norita, Pn. Zaharah, Pn. Wan Azimah, Pn. Zainab, Pn. Khairiyah, Pn. Zanariah, Pn. Azlina, Pn. Saadiah, Cik Nurhuzairah, Pn. Umbi Kalthum, Pn. Zahuara, Pn. Wan Norizan, Pn. Ezatul Irada, Pn. Zakiah Abdul Kadir, Pn. Norazizah, Pn. Khalijah, Pn. Rohaya, Pn. Sapura, Datin Wan Mahani & Pn. Samsiah.
Berdiri barisan 2 dari kiri: Pn. Noor Azizawati, Pn. Nurhusna, Pn. Norhasmah, Pn. Rosaliza, Pn. Norashida, Pn. Noryusnita, Cik Wan Azlia, Cik Izni Syarinaz, Pn. Zarina, Cik Nursabariha, Cik Tan Sue Yee, Cik Suhailyzai, Cik Nur Liyana, Pn. Nur Rahishah, Pn. Noor Aida, Pn. Norkamalizan & Pn. Rosmarina.
Barisan belakang dari kiri: En. Mohd Jasmin, En. Mat Nawawi, En. Mohd Yusuf, Pn. Sharifah Ruthpa'aiyah, Pn. Zuraida, Pn. Nagyah, Pn. Asiah, Pn. Suzana, Pn. Zurina, Pn. Juhaida, Pn. Siti Khadijah, Pn. Puteri Azirah, En. Firdaus & En. Rohaizad.
Program Membaca 1Malaysia
8 Nov 2010. Kali ini, murid-murid Tingkatan 3 membaca beramai-ramai pula di Dewan Bitara SMKBR sebagai memenuhi program pasca-PMR 2010. Seronok pula bila tengok mereka membaca beramai-ramai begitu. Memang berfaedah betul dan sangat bertepatan dengan suruhan Allah s.w.t yang menyuruh umat-Nya membaca kerana membaca merupakan pintu segala ilmu. Lebih menarik bila beberapa orang peserta dipilih secara rawak untuk bercakap tentang apa yang telah mereka baca. Idea yang sangat bernas dan terima kasih kepada pihak Pusat Sumber Sekolah untuk program sebegini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

