MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 9 April 2013

Nur Ajlaa Dalam Kenangan

Ajlaa (gambar kecil) dan kenderaan yang ditumpangi pada hari kejadian sehingga menyebabkan kemalangan maut -sumbangan foto Pn. Puteri Azirah.

Saya bagaikan tidak percaya apabila menerima berita yang mengejutkan pada Ahad malam kelmarin. Nur Ajlaa bt Dzukarnain, bekas anak murid saya telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di Kuantan Bypass. Ajlaa pergi menemui Ilahi dalam usia yang begitu muda, 19 tahun. Ya, Allah lebih sayangkan dia.... Keesokan paginya saya berpeluang menziarahi arwah Ajlaa bersama Cikgu Rahayati di rumah beliau di Sunagi Isap 2 seawal jam 7 pagi. Masuk saja ke rumahnya, saya lihat sekujur tubuh kaku menghadap ke arah kiblat. Saya perlu percaya bahawa wajah yang saya tatap sebaik sahaja kain penutup dibuka, sememangnya Ajlaa..... Tenang wajahnya, manis saja Ajlaa seolah-olah sedang tidur.....Saya lihat Ajlaa bagai tersenyum sedang darah masih lagi membasahi kepalanya yang berbalut.......

Segalanya masih jelas dalam ingatan. Ajlaa merupakan salah seorang bekas murid saya dari kelas 5 Etika tahun 2011 (pada waktu itu saya guru kelas tersebut yang murid-muridnya berjumlah 39 orang). Sebagaimana 38 orang murid 5E yang lain, Ajlaa sentiasa berada dalam ingatan saya. Ajlaa seorang murid yang sangat baik, lemah lembut, menghormati guru dan rakan-rakan, dan sangat dedikasi dalam pelajarannya. Beliau sentiasa fokus dalam pelajaran dan tidak segan silu untuk bertanya sekiranya ada yang tidak difahaminya. Kerja sekolahnya sentiasa kemas dan selesai pada waktunya. Ajlaa sentiasa berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam SPM yang bakal didudukinya. Usaha Ajlaa tidak sia-sia apabila sentiasa menduduki tempat pertama dalam kelas 5E dan akhirnya tersenarai sebagai salah seorang murid cemerlang SPM 2011 apabila berjaya memperoleh 8A1B dalam peperiksaan tersebut. Saya sebagai guru kelas dan salah seorang guru yang mengajar beliau berasa gembira dan bangga dengan keputusan cemerlangnya itu. Ajlaa kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Gambang sehinggalah beliau ditimpa kemalangan dan pergi yang tidak akan kembali lagi.......
 
Saya tinggalkan Ajlaa dengan sebuah sedekah bacaan Yaasiin dan ciuman kasih di pipi. Ciuman yang terakhir dari seorang guru kepada seorang murid yang akan pergi menemui kekasih sejati, Allahu Rabbi....
 
Semoga keluarga Nur Ajlaa sabar dan tabah menghadapi kehilangan anggota keluarga tersayang.....
Semoga roh Nur Ajlaa aman di sana dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin.....
 
Al-Fatihah!
 
 
Tulisan:
PN. ZARINA BT AZIZ

Thursday, 21 March 2013

Keputusan SPM 2012

 
 Hari ini rasminya pengumuman keputusan SPM 2012 ,(Cemerlang 5A - 9A) 57 Calon berbanding 21 Calon tahun 2011. GPS BRASS tahun ini 4.38 berbanding 4.01 /2011, telah menurun sebanyak 0.37 dan masih lagi mengekalkan kedudukan ke 11 di Kuantan .
 





















 
Calon-calon Cemerlang:
1. Nur Farahiyah bt Abd Ghani - 9A
2.  Nadia Afiqah bt Muhammad - 9A
3. Nur Zuhaily bt Zaulkafly - 8A1B
4.  Muhammad Afiq b Aziz - 8A1B
5.  Amirul Hazwan b Faizun - 8A1B
6.  Muhammad Afkar b Mohd Sabri - 8A1B
7.  Nur Nadia bt Mohd Zakaria - 7A2B
8.  Muhammad Azri b Muhamad Yusop - 7A2B
9.  Mohd Aiman Zakwan b Roslan - 7A2B
10. Mazian bt Hamzah - 7A2B
11. Nur Zakira Imana bt Mohd Hashim - 7A2B
12. Shafiq Hazizi b Shaipul Bahari - 7A1B1C
13. Nurul Hidayah bt Alias - 6A3B
14. Sharifah Zafierah bt Syed Badrulzaman - 6A3B
15. Muhammad Shahrul Azwan b Sahuri - 6A2B1C
16. Nor'alia bt Mohamad Azhar - 6A2B1C
17. Wan Faraida bt Wan Daud - 6A2B1C
18. Nurul Shahirah bt Mohd Izuddin - 6A2B1C
19. Afiqah Syahirah bt Khalili - 6A1B2C
20. Mohd Aizad Hafiz b Ab Rahman - 6A1B1C1E
21. Nurfatin Nabilah bt Shariffudin Amir - 5A4B
22. Nur Izzati Syamimi bt Zulkifly - 5A4B
23. Wan Mohd Akmal b Wan Mohd Jafri - 5A4B
24. Nur Izyan bt Abdul Shakir - 5A3B1C
25. Wan Nur Amalina bt Wan Mazlan - 5A3B1C
26. Nurul Suhaili bt Sha'adon - 5A3B1C
27. Nur Hosnafartini bt Safei - 5A2B2C
28. Wan Nurhafizah bt Wan Mohd Norhisyam - 5A2B2C
29. Muhd Syafiq b Md Razif - 5A1B3C
30. Puteri Nursyahirah bt Zullhelmy - 5A1B3C
31. Maisarah bt Mohd Zabidi - 5A1B3C
32. Nor Ainaa bt Mohd Azam - 5A3B1D
33. Yasmin Nabilah bt Zawayi - 5A1C3D
34. Siti Nur Aqibah bt Mohd Rozi - 5A1B2C1E

Tuesday, 19 March 2013

PROGRAM 1 CITIZEN


Program ini bertujuan memperkenalkan Dasar Keselamatan ICT , pelajar yang terlibat adalah tingkatan 4 dan 5 

























Monday, 18 March 2013

Seminar Sains PMR (13 / 03 / 13 )

Objektif

Murid dapat memahami konsep sains dan mengingati fakta dengan tepat .

Murid dapat pendedahan teknik menjawab soalan format PMR & SPM .

Meningkatkan pencapaian subjek sains PMR dan SPM .