MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 10 April 2018

BRASS Johan Pertandingan Membina Site (FROG VLE) Literasi Maklumat

BRASS telah menyertai Pertandingan Membina Site (FROG VLE) Literasi Maklumat sempena Kem Membaca 1Malaysia 2018 Peringkat Daerah Kuantan di SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad pada 10 April 2018. Sebanyak 30 lebih sekolah di daerah Kuantan telah menyertai pertandingan itu dan BRASS telah dinobatkan sebagai Johan.



SEMINAR PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI SEKOLAH OLEH NIOSH

Disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri  Lee Lam Thye, Penegrusi NIOSH
(Gambar:ketika sidang akhbar sempena perasmian program NIOSH di SMK Bukit Rangin)











Thursday, 5 April 2018

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ NAZLI B MAHMUD, GPK HEM BRASS 2012-2018

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang elok itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga...

Terima kasih Sekalung Budi
untuk Ustaz Nazli bin Mahmud
yang telah berkhidmat selama lebih kurang 6 tahun 
di SMK Bukit Rangin sebagai
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Sepanjang bertugas di sini,
beliau merupakan seorang PK HEM yang sangat
bertanggungjawab dan berdedikasi dalam
melaksanakan tugasan terutamanya bidang disiplin.
Beliau sendiri berjumpa dan menyoal selidik
pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah.
Beliau juga menghubungi secara langsung
ibu bapa/penjaga (panggilan telefon) pelajar-pelajar
yang hadir lewat atau tidak hadir ke sekolah.
Hasilnya tidak mengecewakan apabila
BRASS seringkali mencatat kehadiran
90% ke atas (bulanan) di sekolah harian biasa.

Beliau juga sangat mengambil berat 
program-program Bina Insan. 
Seringkali beliau sendiri mendapatkan
penceramah atau imam untuk program kerohanian
memandangkan beliau mempunyai hubungan baik 
dengan ramai asatizah dari luar. 
Ustaz Nazli juga seringkali mengetuai bacaan
Ma'thurat @ Yasin (selain Pengawas BADAR)
dengan alunan suaranya yang lunak dan tepat makhrajnya
yang pastinya akan kami seringkali rindui....
Disebabkan cintanya yang sangat mendalam kepada 
dakwah Islamiah, Ustaz Nazli menubuhkan BADAR 
(Badan Dakwah & Rohani) yang dianggotai oleh
segolongan pelajar lelaki dan perempuan yang
fasih membaca ayat al-Qur'an.

Jarak yang jauh antara rumah (Pekan) dan sekolah (Kuantan)
tidak menghalang beliau untuk hadir dalam setiap 
program sekolah. Paling membanggakan apabila
beliau hadir ke sekolah pada seawal jam 6.50 pagi.
Beliau akan memasang CD lagu nasyid @ zikrullah
yang menjadi halwa telinga warga BRASS pada setiap pagi.

Pendidikan Islam bukan terhenti di dalam kelas sahaja.
Malah banyak amalan-amalan kerohanian yang
diturunkan kepada para pengawas BADAR
untuk dilakasanakan setiap hari.
Zikir Munajat, Bacaan al-Ma'thurat, Yasin, 
bacaan surah al-Kahfi (ayat 1-10), 
Munajat Perdana, Solat Dhuha dan Solat Jenazah 
antara yang menjadi warisan bekas seorang 
PK HEM BRASS, Ustaz Nazli bin Mahmud. 
Peranan BADAR bukan setakat dalam sekolah,
malahan turut menghadiri bacaan Yasin dan solat jenazah
apabila berlaku kematian dalam kawasan kejiranan
Bukit Rangin dan Permatang Badak.

Sungguh banyak jasa ustaz yang akan dikenang selamanya.
Sehingga sekarang alunan zikir dan ayat-ayat al-Quran
masih lagi berkumandang pada setiap pagi.
Pelaksanaan program-program disiplin dan kerohanian 
benar-benar memberi kesan kepada prestasi disiplin para pelajar 
kepada semakin baik dan lebih baik.
Perkara ini turut dirasai sehingga ke masyarakat luar
apabila ada sekolah yang mula bertanyakan rahsia
kejayaan BRASS dan ingin berkongsi petua dan cara.

Teruskan perjuangan dakwah mu Ustaz!
Tiupkan roh Islam dalam jiwa anak-anak kita,
menjadi jiwa yang bersih dan hati yang sihat.
Janji Allah itu sesungguhnya benar.
"Sekiranya kau datang kepada Ku dalam keadaan berjalan,
maka Aku akan datang kepadamu dalam keadaan berlari."
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)

Terima kasih ustaz!
Tahniah & Syabas atas pelantikan sebagai
Pengetua di SMK Muadzam Shah.
Semoga terus berjaya!


















Saturday, 10 March 2018

Kelas Malam Perkasa

Kelas tambahan berbayar untuk Tinkatan 3 dan 5 diadakan pada waktu malam setiap Isnin - Sabtu pagi untuk kecemerlangan akademik PT3 dan SPM. Setiap pelajar yang berminat perlu membayar sebanyak RM50.00 setiap bulan. Bayaran ini sebenarnya sangat murah jika dibandingkan dengan kelas tambahan luar. Bukan jumlah yang penting tetapi kemahuan dan keazaman para guru mengorbankan sedikit masa untuk kejayaan anak-anak pelajar yang diutamakan. Diharapkan para pelajar yang menyertai program ini berusaha untuk mencapai kejayaan cemerlang seperti yang diharapkan.








BRASS Tempat Ke-3 Pertandingan Debat Bahasa Inggeris

BRASS menduduki tempat ke-3 selepas SM Sultan Abu Bakar dan SM Alor Akar dalam pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala Parlimen peringkat Daerah Kuantan yang diadakan di SM Alor Akar Kuantan bermula pada hari Jumaat semalam. Ini merupakan penyertaan kali ke-2 BRASS bermula pada tahun lepas. Kemenangan belum berpihak kepada BRASS pada tahun ini tetapi telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan berbanding pada tahun lepas. Mungkinkah selepas ini BRASS bakal bergelar jaguh? Segalanya ketentuan Allah swt. Tidak ada yang mustahil sekiranya sudah ditentukan. Teruskan semangat mu anak-anak BRASS. Perjuangan belum berakhir!


Qistina Hadi - Pendebat Terbaik Pusingan Kelayakan