MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 30 June 2021

SAYONARA PUAN ZAKIAH MALEK

SMK BuKit Rangin akan kehilangan sebutir permata yang berharga iaitu Puan Zakiah Malek yang akan bersara pada 30/6/21 setelah berkhidmat hampir 20 tahun di sekolah ini. Seorang guru yang penyayang dan bersikap penuh keibuan, itulah personaliti istimewa yang dimiliki oleh Puan Zakiah yang menjadikan beliau seorang guru yang amat disayangi oleh pelajar-pelajar SMK Bukit Rangin. Ketiadaan beliau sudah tentu akan dirasai oleh seluruh warga BRASS. Mesra disapa dengan panggilan Kak Z, Puan Zakiah ibarat seorang kakak yang sentiasa memberi motivasi dan nasihat berguna kepada kami semua. Walaupun sudah tidak bersama, segala memori indah yang telah tercipta selama ini akan terus subur dalam ingatan kami. Semoga Puan Zakiah juga tidak melupakan kami di sini ya!

Terima kasih atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala budi dan bakti yang telah dicurahkan dalam memastikan kecemerlangan anak-anak BRASS. Selamat bersara, jasamu dikenang🌷

                                                           1/9/1993 - 1/7/2021


Bersama AJK Kelab Guru dan Staf BRASS😊

Yang teristimewa😍

Album yang menyimpan segala memori😉

Last fingertac..diiringi oleh Puan Pengetua😊

Cuba teka hadiah apa😁

Steamer untuk Puan Zakiah🤗

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Nak ucap sesuatu sebelum terlambat,
Kak Z, we all love you😘

Sunday, 6 June 2021

25 HARI PDPR

Ini adalah rumusan selepas Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Datuk Dr Radzi Jidin berkaitan pengurusan dan pengoperasian sekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Lock Down.

✍️25 HARI PdPR✍️

   MINGGU KE-24       

14.6.21-18.6.21

MINGGU KE-25 

21.6.21-25.6.21 

MINGGU KE-26

28.6.21-2.7.21 

MINGGU KE-27

05.7.21-9.7.21 

MINGGU KE-28

12.7.21-16.7.21 

17.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

18.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

MINGGU KE-29

19.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

20.7.21 Hari Raya Haji

21.7.21 Hari Raya Haji Ke-2

22.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

23.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

24.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

25.7.21 Cuti Pertengahan Penggal

Saturday, 5 June 2021

PROGRAM BACAAN YASIN


     Intipati majlis:

✨Selawat
✨Bacaan surah Yasin
✨Doa
✨Tazkirah

👉https://youtu.be/R0AlYRvGQVE 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN POSTER DIGITAL PSS

Pertandingan Poster Digital bertemakan kata-kata motivasi anjuran Pusat Sumber Al-Furqan SMK Bukit Rangin telah diadakan pada 31/5/21 sehingaa 4/6/21. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pengawas PSS sekolah. Mengapa kata-kata motivasi dipilih sebagai tema?

Setiap insan di dunia ini pasti pernah merasai saat-saat sukar dalam kehidupan mereka. Itulah yang dinamakan roda kehidupan, adakalanya kita bahagia dan adakalanya kita rebah di persimpangan. Ketika kita kecewa dan seolah-olah hilang arah dan tujuan, sudah tentunya kita memerlukan kata-kata motivasi untuk membangkitkan semangat agar dapat terus berdiri menjalani kehidupan. 

Admin juga rasa bersemangat setelah melihat poster-poster digital bertemakan kata-kata motivasi ini. Kata-kata yang memberi inspirasi dengan latar belakang yang menarik dan kreatif melayakkkan pelajar-pelajar ini untuk dipilih sebagai pemenang dalam pertandingan poster digital pada tahun ini. Jom tonton video di bawah untuk mengetahui senarai pemenang👇

creditvideo: Cikgu Sapura bt Mat Zali
Tahniah kepada semua pemenang. Yang tidak berjaya pula, janganlah hilang semangat ya! Anda juga hebat! Ini kata-kata motivasi yang admin nak kongsi dengan anda semua 😁

Sunday, 30 May 2021

KEPUTUSAN PERTANDINGAN MEWARNA PSS

Bersempena bulan Ramadhan (1442H), Pusat Sumber Al-Furqan SMK Bukit Rangin dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni telah menganjurkan pertandingan mewarna bermula 26/4/21 sehingga 31/4/21. Pertandingan tersebut merupakan inisiatif terbaik dalam usaha memastikan pelajar-pelajar BRASS memanfaatkan masa rehat mereka dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang bulan Ramadhan. 

Berikut merupakan senarai pemenang bagi pertandingan mewarna PSS 2021. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang serta pelajar-pelajar yang telah melibatkan diri dalam pertandingan tersebut. Anda bukan sahaja telah menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya bahkan telah menonjolkan bakat dan kreativiti yang anda miliki yang sememangnya "bukan kaleng-kaleng". Jom kita tengok siapa yang menang👇







 Corat-coret sepanjang aktiviti pertandingan mewarna PSS 2021
creditvideo: Puan Sapura  bt Mat Zali

Tahukah anda?

"Pakar perubatan dan kesihatan mental telah mengeluarkan kenyataan dimana terapi mewarna memberi banyak manfaat dari segi psikologi bukan sahaja kepada golongan kanak-kanak tetapi juga kepada golongan dewasa" (Sumber: Majalah Remaja, 2020)

P/s: Kepada guru-guru dan pelajar-pelajar BRASS, mungkin aktiviti mewarna ini boleh dijadikan sebagai terapi bagi merehatkan minda dan menghilangkan stress. Cubalah!  Belum cuba belum tahu.😁 

Saturday, 29 May 2021

KEHADIRAN YANG DITUNGGU-TUNGGU

Sekalung tahniah diucapkan kepada Puan Hanita Binti Kassim atas pelantikan sebagai Pengetua SMK Bukit Rangin yang baharu bagi menggantikan mantan pengetua, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad yang telah bersara pada bulan April yang lalu. 

Mendayung sampan sampai ke muara,

Singgah sebentar di SMK Tok Sera,

Sambutlah kasih dan salam mesra,

Selamat datang puan pengetua

Selamat Datang dan Selamat Bertugas Puan Pengetua ☺

Thursday, 27 May 2021

SELAMAT BERSARA PUAN HALIDAH

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
namun perpisahan itulah yang mengajar kita
untuk terus menghargai detik-detik kebersamaan
yang akan kekal terpahat dalam memori
sebagai kENANGAN YANG TERINDAH

Setelah sekian lama berkhidmat, kini, giliran Ketua Kerani (Chief Clerk) SMK Bukit Rangin pula akan pergi meninggalkan kita semua. Puan Halidah atau mesra disapa dengan panggilan "Kak CC" akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari Khamis (20/5/21) setelah menabur bakti selama hampir 13 tahun di SMK Bukit Rangin. Amat berat untuk mengungkapkan perkataan selamat tinggal, namun perpisahan bukanlah noktah dalam sesuatu perhubungan. Sebaliknya ia merupakan satu titik permulaan yang akan mengukuhkan lagi ukhuwah yang telah terjalin selama ini. Selamat bersara diucapkan kepada Puan Halidah bt Sahat. Semoga hari-hari persaraan dinikmati dengan sepenuhnya disamping keluarga tercinta.

-sekitar majlis persaraan Puan Halidah-

Majlis penyampaian hadiah oleh GPK Pentadbiran, Puan Norziah 

Cenderahati daripada GPK HEM, Ustaz Fathul

"CC, you are the best!" -Rizal

Bersama orang kuat KGKT, Pn Asnor dan En Hanafyieh

Detik yang cukup bermakna

Puan Halidah satu dalam sejuta☺️

Pn Halidah nama diberi,
 Orangnya rajin dan berdedikasi, 
Dirimu akan sentiasa kami rindui, 
Jauh di mata namun dekat di hati♥️

- Puan Halidah, TERIMA kASIH atas curahan jasa dan budi-