MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 5 January 2010

Hari Pendaftaran Tingkatan 1 2010

02 Januari 2010. Hampir 300 orang murid Tingkatan 1 hadir untuk pendaftaran ke Tingkatan 1. Kebanyakan mereka ditemani oleh ibu bapa yang begitu bersemangat dan gembira menghantar anak masing ke sekolah ini.




Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu Sekolah dan Jasa Bonda sebagai pengenalan kepada rutin SMK Bukit Rangin kepada semua warga baru dan ibu bapa. Majlis kemudiannya diikuti dengan bacaan doa pimpinan Ustaz Mohammad Yusof bin Abdul Razak. 
                              


   Turut hadir di hari tersebut ialah Yang DiPertua PIBG, Encik Subri bin Abdul Rahman untuk menyampaikan ucapan daripada pihak PIBG selain daripada ucapan Pengetua SMK Bukit Rangin, Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus.



Wakil ibu bapa dan Tuan Pengetua kemudiannya mengambil giliran masing-masing untuk membaca watikah sebagai simbolik penyerahan dan penerimaan anak kepada pihak sekolah untuk dibimbing sepanjang berada di SMK Bukit Rangin.

  

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi pula mengambil kesempatan untuk memberi taklimat ringkas kepada ibu bapa atau penjaga yang baru sahaja mendapat surat penempatan anak masing-masing ke SMK Bukit Rangin. Kesemua mereka diminta mendaftar di Bilik Gerakan serta mengetahui kedudukan kelas masing-masing.

          
                                

Semua ibu bapa/penjaga bersama anak masing-masing menuju ke kelas yang di tetapkan untuk penyerahan dokumen-dokumen berkaitan dan pembayaran yuran kepada Guru Kelas.

                               

Welcome to the new world kidz!!!!

No comments:

Post a Comment