MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 29 January 2010

Majlis Perpisahan & Selamat Datang

28 Januari 2010. Tiap yang datang pasti akan pergi.Tiap yang bermula pasti akan berakhir. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Begitulah falsafah kehidupan. Tahun 2010 menyaksikan dua orang guru SMK Bukit Rangin beralih angin ke tempat yang baharu. Warga sekolah pastinya akan terasa dengan kehilangan Puan Tuti Malindawati yang telah bertukar ke SMK Tengku Panglima Perang Tengku Mohamad Kuantan. Beliau telah banyak berjasa menyumbang untuk keceriaan SMK Bukit Rangin sehingga berjaya mewujudkan suasana selesa di sini. Budi yang dihulurkan takkan dilupakan malah akan dikenang sampai bila-bila.
2001-2009

Seorang lagi rakan guru yang diraikan ialah Cik Petrina Tan Ching Sin yang akan terbang menyambungkan pelajaran ke peringkat Sarjana di luar negara, New Zealand (bukan Kampung New Zealand yee...) pada bulan Februari depan. Beliau berkemungkinan akan terus menetap di sana bersama keluarganya. Beliau juga telah banyak bersama-sama mengembeling tenaga bersama-sama guru-guru Bahasa Inggeris PMR 2008 & 2009.
                       
2008-2009

Semoga kalian berdua seronok dan berjaya di tempat baharu dan tidak lupakan kami di sini. Jamuan Pot Luck hari ini juga untuk meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran guru-guru dan kakitangan sokongan yang lahir dalam bulan Januari. Tidak lupa juga untuk menyambut kehadiran guru-guru baharu dan guru-guru praktikal dari UPSI yang seramai 6 orang. Selamat Datang diucapkan dan semoga kita dapat bekerjasama.....
                                               
Selamat Maju Jaya!!! Bon Voyage.....

1 comment:

  1. terima kasih di atas ingatan warga SMKBR.... semoga SMKBR terus cemerlang... harapan agar sekolah sentiasa dan bertambah ceria\

    IKHLAS DARIPADA: PN. TUTI MALINDAWATI

    ReplyDelete