MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday 12 January 2010

Untuk Rakan Pendidik SMKBR:Mukadimah Tahun Baru 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Syukur ke hadrat Allah, salam dan penghormatan kepada Nabi Muhammad s.a.w.; utusan yang menjadi sebaik-baik teladan, ahli keluarga dan para sahabat baginda yang diredhai serta sekalian yang menuruti jejak langkah mereka hinggalah ke hari kiamat.

Rakan guru sekalian,
Tahun 2009 meninggalkan kita dengan coretan yang memberi pelbagai pengajaran dan seharusnya mematangkan SMK Bukit Rangin sebagai sebuah organisasi pendidikan untuk meningkatkan sistem penyampaian.

Zaman yang mencabar bagi semua pendidik serta ibu bapa ini menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Kita bukan sahaja mempunyai tugas utama mendidik, tetapi dalam waktu yang sama turut belajar.

Semua orang ingin hebat dan cemerlang, cuma tidak ramai orang sanggup membayar harganya. Kita sewajarnya mengukur dahulu ”hebat dan cemerlang” yang diingini dan kemudian melihat kepada badan sendiri; setakat manakah kita yang dimuliakan dengan gelaran cikgu, guru, mu’allim, muaddib, murabbi ini bersedia melaksanakan tanggungjawab. Sejujur-jujurnya.

Apalah yang ada pada semua gelaran itu? Kemegahan? Mengejar kemuliaan? Mencari rezeki? Mencari cinta?

Tiada yang boleh dimegahkan kerana pakaian megah itu bukan milik kita. Kemuliaan tak dapat dikejar tetapi akan singgah pada yang terpilih. Yang cuba mengejarnya sahihlah akan tertipu dan tersesat. ’Wrong turn’. Singgahnya kemuliaan tentulah kerana niat tulus-mulus hati yang menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah. Mulut boleh bohong tentang ikhlas tapi hati menyimpan hakikatnya. Rahsia besar. Jangan cakap dan tak perlu cakap. Kerja-buat kita orang nilai melalui KPI. Niat kita Allah gredkan. A+? A? B atau C? Dia sahaja yang tahu.

Jika gelaran itu untuk mencari rezeki semata-mata tentunya kita tak jauh beza dengan spesis-spesis yang tidak ditaklif atau dibebankan dengan tugas hebat dan tanggungjawab besar tadi. Kenapa? Kerana itulah sumpahan besar yang ”melayakkan” kita dipersoalkan hingga ke akhirat. Weh! Begitu sekali? Bukalah sekali lagi hadis masyhur tentang tanggungjawab kita ini.

Oleh sebab itu, janganlah takut akan bai’ah yang disebut-sebut akhir-akhir ini. Janganlah pula ghairah berbai’ah kerana mengejar habuan! Bai’ah kita dengan Allah di alam roh dahulu dan yang diulang-ulang setiap hari dalam solat, jauh lebih besar implikasinya . Maka bai’ah cikgu ini patut dilihat sebagai jalan memenuhi bai’ah dengan Allah yang semua makhluk lain tak sanggup buat. Malaikat pernah turut hairan.


Para pencinta sekalian,
Marilah kita mencari cinta. Cinta Agung Kelas 1. Redha Allah. Melalui ”pekerjaan” mulia membimbing umat manusia yang pernah dititipkan oleh para Nabi dan Rasul. Murid kita bagaikan umat kita untuk dibimbing. Dengan kewarasan dan ilmu yang diberikan Allah, tiada seorangpun di antara kita berani menolak hakikat tanggungjawab mendidik murid kecuali kita meletak jawatan. Itupun nanti kita akan dipersoalkan juga tentang pendidikan anak-anak sebenar kita yang menjadi amanah asasi dalam keluarga (selain semua amanah kesihatan, rezeki, dan lain-lain yang dihitung dan dihisab).

Ketinggian skala tanggungjawab membezakan kita dengan para Nabi dan Rasul yang maksum, serta membezakan kita dengan spesis lain. Justru, sahabat sekalian, sikap reflektif dan sentiasa mencari pendekatan yang lebih baik mesti di amalkan dalam usaha mendidik.

Cikgu-cikgu,
SMKBR memang semakin menjadi pilihan warga setempat. Potensi kita telah dinilai orang. Syabas dan tahniah! Walau bagaimanapun, kita jangan leka dengan kejayaan-kejayaan yang lalu. Setiap kejayaan sepatutnya akan menjana lebih banyak kejayaan lain kerana kita mengenal potensi kita dan memburu cinta mencapai kecemerlangan. Visi kita yang dulu hampir tamat tempohnya. Mari kita nilai sendiri kejayaan visi yang dulu dan membina yang baru. Mentaliti dan amalan yang tidak bersesuaian dengan hasrat ”Sekolah Kawalan 2” (istilah saya: Liga Ke-2) tersebut mestilah diubah agar kita kukuh dan mantap seperti institusi lain yangmemang terkawal.

Para profesional sekalian,
Kita juga berhasrat menjadikan Bahasa Inggeris (kurikulum), nasyid (kokurikulum) dan keceriaan sebagai bidang kebitaraan (’niche areas’) sekolah untuk dijayakan dengan lebih mantap. Apa pun rancangannya, kerjasama dan komitmen kita selaku kakitangan awam serta pegawai kerajaan akan mengerakkan setiap langkah pelaksanaannya. Insya Allah, kita akan melihat hasil usaha dan tawakal kita.

Isu dan langkah berhemat dan berjimat mendepani kita pada 2010. Usaha menjimatkan perbelanjaan utiliti mesti diambil serius kerana kita sendiri yang akan membayarnya. Langkah berjimat mengajar kita tentang menghargai nikmat, bersyukur, berpada dengan yang sedikit dan mengasah kreativiti mental kita membuat penyesuaian.


LADAP pula akan berubah wajah dan amat diharapkan akan dimanfaatkan untuk memperkasa profesinalisme kita. Kita akan melaksanakan pelbagai program bersesuaian dengan tuntutan semasa tanpa mengorbankan kualiti organisasi pendidikan yang kita dokong bersama.

Terima kasih atas segala sumbangan selama ini dan yang akan datang. Salam kecemerlangan dunia dan akhirat.


Untuk Renungan Di Jalan Perjuangan SMKBR

Kesukaran
”Verily, along with every hardship is relief. Verily, along with every hardship is relief.”
(Surah As-Sharh:5-6)

Kekuatan
”Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai Allah daripada mukmin yang lemah, sekalipun masing-masing ada kebaikan. Berkeinginan keraslah kepada sesuatu yang memberi manfaat. Mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah.”
(Hadis riwayat Muslim)

Cemerlang
”Barangsiapa permulaannya cemerlang, maka cemerlang pula akhirnya.”
(Syeikh Athaillah as-Sakandari: Al-Hikam)

Unity & Success
”Unhappy is the fate of one who tries to win his battles and succeed in his attacks without cultivating the spirit of enterprise, for the result ia a waste of time and general stagnation.”
(Sun Tzu: Art of War)

Think & Plan
”One of the best ways to save time is to think and plan ahead; five minutes of thinking can often save an hour of work.”
(John C. Maxwell: The 360° Leader)

***

1 comment:

  1. i love smkbr...i hope this school will be the best school of 2010 standardies of the vision..

    ReplyDelete