MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 14 August 2010

Ihya' Ramadhan

11 Ogos 2010. 1 Ramadhan. Beberapa program Ihya' Ramadhan telah diadakan bagi mengalu-alukan kedatangan Bulan Rahmat dan Bulan Berkat ini anjuran Unit Bina Insan. Perhimpunan pada pagi itu dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran daripada Mohd Izzuddin (5 Terampil).

Ustazah Noryusnita kemudiannya menyusul pula dengan tazkirah Ramadhan yang bertajuk `Menyingkap Tabir Ramadhan - Kemuliaan dan Kelebihannya. Beliau memulakan dengan definisi Ramadhan. Perkataan Ramadhan diambil daripada perkataan Arab `ramadha' yang bermaksud `panas' atau `membakar' - yakni menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadan. Beliau turut menceritakan tentang kemeriahan sambutan bulan Ramadhan di bumi Anbiya' (Timur Tengah). Di Jordan contohnya, terdapat jamuan makan secara besar-besaran di bawah khemah-khemah di tepi-tepi jalan dengan pelbagai jenis makanan dan kuih muih Arab. Sesiapa sahaja boleh makan di khemah-khemah tersebut. Makanannya pula berlimpah ruah, semuanya hasil sedekah orang-orang kaya di negara tersebut yang mencari pahala sebanyak-banyaknya di bulan yang berkat. Keadaan sebaliknya menjadi kembali sunyi di akhir bulan Ramadhan menandakan kesedihan mereka untuk berpisah dengan bulan yang penuh kerahmatan itu.
Ustazah Yusnita seterusnya menceritakan tentang kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan di antaranya:
1.   Keseronokan kepada orang yang berbuka puasa dan ketika menemui Allah s.w.t. di akhirat kelak.
2.   Dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pinti neraka dan diikat segala syaitan.
3.   Diampunkan dosa-dosa orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan.
4.   Allah dan Rasul-Nya sendiri memuliakan sendiri bulan Ramadhan. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Penghulu bagi segala bulan adalah bulan Ramadhan".
5.   Mendapatkan keampunan Allah
Pengerusi Majlis - Pn. Sharifah Ruthpa`aiyah

No comments:

Post a Comment