20 September 2010. Demam peperiksaan bermula lagi. Mungkin kali ini lebih hebat dan lebih berat kerana ianya SPM. Satu peperiksaan yang bakal memberi kesan kepada ramai calon. Ia seperti satu titik permulaan (turning point) atau perubahan dalam hidup kerana peperiksaan ini akan menentukan sama ada anda akan terus bersekolah di Tingkatan 6 ataupun melangkah ke institusi yang lebih tinggi ataupun bekerja ataupun `bersara' terus .
Hari ini, peperiksaan percubaan SPM bermula dengan Kertas Bahasa Melayu 1 & 2, kertas teras yang maha penting dan paling memberi kesan kepada sijil dan masa depan. Gagal kertas tersebut bermakna gagal keseluruhan peperiksaan itu. Gagal subjek Bahasa Melayu bermakna sukarlah langkah seterusnya. Impian ke menara gading akan hancur. Kerja mungkin sukar kerana sijil tak laku. Nak tak nak terpaksa ambil kertas Julai pulak untuk baiki keputusan. Pendek kata, begitulah besarnya peranan Bahasa Melayu bagi calon SPM.

Kepada calon-calon semua, buatlah yang terbaik dan usahakan untuk lulus cemerlang dalam Bahasa Melayu atau sekurang-kurangnya kredit supaya anda tidak menghadapi masalah di kemudian hari. Kalau lulus saja pun (tidak kredit), kemungkinan anda tidak akan dinaikkan pangkat apabila bekerja kelak. Begitu juga dengan subjek Bahasa Inggeris, juga tak kurang pentingnya. Kalau tak lulus atau tak kredit, rasa-rasanya tidak ada universiti yang akan menerima permohonan anda. Sesuailah dengan labelnya sebagai bahasa antarabangsa, maka sektor pekerjaan di luar sana pun sangat mementingkan kemahiran ini. Fikir-fikirkanlah!!!
Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua murid Tingkatan 5 SMK Bukit Rangin. Teruskan usaha sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Jangan cepat berpuas hati dengan apa yang telah anda buat. Ingat... Allah akan balas atas apa yang telah kita lakukan!
betul tu,mungkin ramai yg tak menyedari,dalam tempoh mungking 10 tahun akan datang, keputusan spm terus akan 'menghantui' calon2 yg kurang cemerlang. seolah2 ada badi yg menimpa, buat ini tak kena buat itu tak kena (kecuali yg kuat semangatnya!). maka adik2 yg masih lagi berpeluang,teruskan usaha! berakit2 kehulu,berenang2 ketepian,bersakit2 dahulu,bersenang2 kemudian :)
ReplyDelete