MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 10 October 2010

Nadwah Kepimpinan Pengawas 2010

1-3 Okt 2010. Akhirnya terlaksana juga apa yang dirancang walaupun dah tertangguh beberapa bulan (daripada bulan April). Alhamdulillah, dengan kerjasama seramai lebih kurang 45 orang guru sebagai AJK dan Fasilitator, maka tahun ini sekali lagi Badan Pengawas berkumpul di Taman Pertanian untuk bersama-sama peserta yang seramai 75 orang.
           Kali ini, Badan Pengawas hanya meletakkan Pengawas Tingkatan 1, 2 dan 4 sebagai sasaran kerana tidak mahu mengganggu pengawas Tingkatan 3 dan 5 yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk menghadapi peperiksaan. Biarlah mereka tu fokus hanya pada peperiksaan. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan AJK Induk Badan Pengawas yang terdiri daripada Pengawas Tingkatan 5 yang sudi datang untuk memeriahkan suasana. Terima kasih. Mereka ni sebenarnya bersemangat nak ikut serta tapi keadaan tidak mengizinkan. Semoga kalian sukses dalam PMR dan SPM yang bakal menjelang yeee....
           Nadwah Kepimpinan Pengawas sebenarnya sama saja dengan Kem Kepimpinan Pengawas. Perkataan `Nadwah' tu bermaksud `Kursus' dalam Bahasa Melayu. Bersesuaian dengan namanya yang Islamik, maka pengisian kali ini agak berlainan daripada biasa, iaitu lebih banyak pengisian dari segi kepimpinan dan rohani. Kita tidak mengadakan aktiviti lasak kerana itulah kelainan program kali ini. Tetapi kita lebihkan aktiviti rohani yang jarang kali kita laksanakan dalam kalangan peserta kem kepimpinan sebelum-sebelum ini. Ada antara para peserta yang belum pernah merasa Qiamullail, maka kali ini mereka sudah terpaksa bangun sekitar jam 4.00 pagi untuk solat-solat sunat seperti Tahajud, Hajat, Taubat, Tasbih dan Witir. Program pada kali ini juga boleh dikatakan istimewa kerana modul Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dirancang dan dibentuk sendiri oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim dengan bantuan para fasilitator-fasilitator yang ada. Ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua kerana komitmen 100% yang diberikan semasa kursus. Terima kasih juga kepada GPK HEM, En. Mohammad Nasri yang telah memberi kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi serta rakan-rakan guru yang telah menghabiskan banyak masa mengendalikan program ini walaupun dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan Percubaan SPM. Terima kasih! Syukran! Thank you so and very much!
            Ada juga fasilitator yang mengatakan bahawa program kali ini sangat relaks dan tidak meletihkan. Sememangnya program kali ini dirancang sedemikian rupa agar tidak sama dengan program yang pernah diadakan sebelum ini. Lagipun tujuan program itu diadakan untuk mengumpul para peserta pada satu masa di luar kawasan dan jauh daripada suasana sekolah. Peserta ingin diberi kesedaran tentang teamwork dan jati diri sebagai pemimpin pelajar, tentang tanggungjawab mereka yang mereka pegang. Maka disebabkan itulah program ini dirancang sebegini; penglibatan peserta dan fasilitator dalam kursus yang tidak meletihkan tetapi lebih dari segi pengisian. Sebab itulah peserta-peserta yang disasarkan ditegaskan untuk hadir mengikuti setiap program yang dianjurkan supaya mendapat pengalaman dan pengisian yang berbeza-beza, bukannya stereo-type!
             Diharapkan para peserta tidak lupa akan apa yang dipelajari ketika Nadwah. Hayati dan amalkan apa yang telah dikutip sepanjang mengikuti program tempoh hari. Jangan jadi pokok yang rendang tapi tidak berbuah tetapi jadilah seperti pokok kelapa yang banyak gunanya.
             Jumpa lagi di program yang akan datang!!!
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox collage
Click to play this Smilebox collage
Click to play this Smilebox photo album
Click to play this Smilebox photo album

Lagu tema Nadwah Kepimpinan Pengawas 2010, `Insya Allah' nyanyian Maher Zain.

Click to play this Smilebox photo album
Create your own photo album - Powered by Smilebox
This photo album generated with Smilebox

No comments:

Post a Comment