MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 7 November 2010

Lawatan Koperasi ke Kuala Lumpur

24 Okt 2010. Lawatan selama 2 hari satu malam itu bergerak meninggalkan Bukit Rangin pada jam 7.40 pagi dari perkarangan SMK Bukit Rangin. Semuanya kelihatan OK kecuali satu perkara yang kurang menyenangkan; bas! Kami diberi Bas Sekolah yang agak uzur dan hapak. Berbagai usikan dan komen lucu didengari di kalangan guru-guru tentang bas yang kami naiki.
           Nak dijadikan cerita, sesampai kami di R&R Temerloh, kami pun berhenti untuk sarapan selama 30 minit. Perut memang dah sangat berkeroncong waktu itu ditambah pula dengan `gegaran' bas tadi. Selesai sahaja sarapan, kami dikejutkan pula dengan makluman pemandu bas bahawa perjalanan kami tidak boleh diteruskan dengan bas itu kerana tayarnya yang tidak sempurna. Maka tersadailah kami di R&R tersebut selama 2 jam. Ya Allah! Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar. Mungkin kerana kasihankan keluhan kami, dengan takdir Allah datanglah bas ekspress yang `tegap' dan wangi lagi! Wawee!!! Sukanya kami. Syukur kepada Allah. Lihat sajalah gambar-gambar di bawah. Macam program make overlah pulak!
Sebelum...
Selepas...

Kami tiba di Kuala Lumpur lewat 2 jam daripada masa yang sepatutnya. Destinasi yang pertama kami tuju ialah Aquaria KLCC yang berkeluasan 60,000 kaki persegi. Rombongan kami diberikan tiket diskaun berharga RM 18 seorang. Murah berbanding dengan harga biasa, RM 25 ke atas! Semua ahli rombongan dibawa meneroka ke Pusat Pembelajaran (Educational Centre) Aquaria. Banyak yang kami pelajari tentang binatang dan habitat masing-masing seperti belangkas, gamat, memerang dan ular. Tempat yang paling seronok ialah ketika melalui terowong marin. Banyak betul hidupan laut yang dapat disaksikan di situ termasuklah shark, pari yang sangat besar dan penyu leatherback, spesis penyu yang terbesar. Sayangnya kami tak dibenarkan mengambil gambar atau video di situ. Jadi, gambar-gambar yang dipaparkan di sini hanyalah gambar-gambar di sekitar ruang pameran.
Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
This free digital collage made with Smilebox

Malam itu pula kami ke Taman MICT, sebuah taman yang dilimpahi cahaya neon yang bergemerlapan kerana pokok-pokok dan beberapa arca binatang seperti burung merak, gajah dan dinasour dibina dengan menggunakan mentol-mentol neon pelbagai warna. Mata kami terpesona dengan pemandangan di situ kerana kekreatifan ilham yang dihasilkan sehingga mewujudkan satu lagi destinasi pelancongan negara. Jadi, jangan lepaskan peluang melawat Taman MICT sekiranya ke Kuala Lumpur tetapi harus diingatkan untuk pergi pada waktu malam sahaja kerana keindahannya hanya dinikmati pada waktu itu sahaja.
Click to play this Smilebox collage
Keesokan harinya selepas sarapan pagi di belakang bangunan Wisma Belia tempat kami menginap, kami dijadualkan melawat Pusat Sains. Menariknya di situ apabila murid-murid dan guru-guru dapat menyaksikan kaedah-kaedah sains yang dipelajari di sekolah diadaptasikan ke dalam arca-arca yang direka khas. Di situ juga terdapat terowong marin seperti yang terdapat di Aquaria KLCC tetapi lebih pendek dan terhad. Murid-murid juga dapat bermain dengan peralatan-peralatan yang berunsurkan sains yang disediakan di situ.  
              Selepas itu, rombongan kami bergerak ke Muzium Negara, sebuah tempat yang begitu klasik dan lama tetapi menyimpan sejarah negara yang tidak ternilai harganya. Murid-murid dan guru dapat menyaksikan rakaman sejarah negara daripada zaman purba hingga ke sekarang.
              Satu lagi tempat menarik yang kami singgah ialah Istana Budaya, sebuah tempat yang begitu gah dan terkenal namanya di kalangan orang teater. Di situlah pementasan teater seperti `Puteri Gunung Ledang' dan `Tun Dr Mahathir' pernah dipentaskan. Tempatnya menarik dan kami sebenarnya begitu bertuah pada hari itu berpeluang ke Istana Budaya kerana memenuhi jemputan Encik Saleh, suami Puan Noor Azizawati untuk menikmati hidangan tengahari di situ. Terima kasih! Kami juga mengambil kesempatan untuk menunaikan solat jamak-qasar Zuhur dan Asar di musolla Istana Budaya. Memang selesa dan kondusif sekali tempatnya.
Click to play this Smilebox collage
Kalau ke Kuala Lumpur tidak lengkap sekiranya tidak bershopping. Maka acara kami yang terakhir sebelum pulang ialah membeli belah di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Sogo. Banyak juga yang dibeli kerana kebetulan pula sale sempena Deepavali.
          Kami bertolak pulang ke Kuantan kira-kira jam 7 petang. Terima kasih kepada pihak Koperasi SMK Bukit Rangin yang telah menaja perjalanan selama 2 hari itu dan semoga untung bertambah lagi di tahun-tahun yang akan datang.

2 comments:

  1. Tiket untuk rombongan tu kena tempah awal atau dah sampai baru beli?
    Saya kena uruskan berkenaan dengan tiket untuk masuk Aquaria..
    Saya harap, anda boleh membantu saya menerangkan proses2 tersebut

    ReplyDelete
  2. Anda perlu call ke Aquaria untuk booking tiket. Nanti operator Aquaria akan tanya jumlah penyertaan dan waktu lawatan yang diinginkan. Bayaran mesti dibuat 1 jam sebelum masuk.

    ReplyDelete