TEGAS
Kelmarin muridku menghantar mesej: “Janganlah tegas sangat”. Aku senyum membacanya. Memang sejak dulu apabila bertegas, akan ada muridku yang mengakui takut.
Di SMART dulu, ada murid-murid (sampai kini) yang mengingat aku sebagai ‘strict’ dan garang. Aku memang diberi kuasa merotan oleh semua pengetuaku. Anak-anak kenalanku juga ada yang “takut” dan “segan” nak mengadu atau melapor tentang masalah di sekolah. Selalunya sampai melalui ibu bapa.
Ada muridku di Seri Bentong bertanya melalui anak-anakku sama ada aku “tegas macam tu ke di rumah?”. Anak-anakku menganggap soalan sedemikian “kelakar” kerana mereka lebih mengetahui.
Tapi aku juga dikenali oleh sebahagian besar murid dan ibu bapa sebagai cikgu yang “selalu senyum” dan mudah dibawa berbincang. Sentiasa menyambut salam dan menegur murid di mana-mana. Selalu menggosok belakang dan meletak tangan di bahu murid di koridor atau kantin. Rakan-rakan setugas juga ada yang menganggap demikian. ‘Cool’. Murid yang menghantar mesej itu tadi juga pernah menulis komentar selepas aku mengendalikan sesi pertemuan bersama semua murid Tingkatan 5:"Macam bapa dengan anak la pulak.."
Bahkan di Seri Bentong dan Bukit Rangin kini ada ibu bapa yang menganggap aku sebagai pengetua yang “baik sangat” dengan konotasi condong ke arah “terlalu lembut” dengan murid . Maksudnya mudah kesian, mudah percaya, mudah beri muka. Aku senyum lagi.
Kaunselor Badaludin dari SMART dulu ketika merumus aktiviti Kembara di Bukit Pelindung pernah berkata, “Saya ingat Haji ni personaliti biru tapi rupanya ada juga emas” (sistem personaliti 1970-an dimodelkan Don Lowry).
Kem Kepimpinan Pengawas SMART yang kami (Team Gurkha/Flying Squad) kendalikan memang menjadi legasi tahun-tahun 1990-an. Muridku yang seorang ini bercerita (setelah tamat persekolahan) bahawa pengalaman paling teruk yang diingati dalam kem ialah dia terlalu takut (“I was so scared. I was trembling.”) Manakan tidak, aku bertempik sakan apabila ada “kesilapan” dalam kumpulan. Mereka tak sempat berfikir panjang kerana semua aktiviti yang dirancang penuh dengan “hambatan masa”. Watakku sering menukar ‘mood’ peserta menjadi serius.
Aku berpendapat bahawa:
1.Pandangan orang tentang diri kita boleh berbeza. Bergantung kepada sisi yang mereka nampak. Bergantung kepada pengalaman bersama kita.
2.Suasana berbeza menuntut watak yang berbeza.
3.Ada kerugian juga apabila hanya satu watak kita selaku pemimpin dilihat orang lain.Halangan atau ‘barrier’ komunikasi boleh berlaku
4.Jujurlah melahirkan emosi mengikut suasana. Kawal jugalah supaya tidak keterlaluan dan tidak padan bagi seorang pemimpin.
Aku menjawab mesej di awal catatan: “Tegas adalah salah satu pakaian cikgu”. Dia bertanya pula: “Mahal tak pakaian tu?”
Aku jawab dengan satu perkataan: ‘Priceless’.
Memang tegas itu tak ternilai harganya jika kena pada tempatnya bagi seorang pemimpin.
MENGENALI SMKBR
SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Thursday, 2 June 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment