MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 6 July 2011

Cerita "Jadual Periksa"

"Buat apa salin jadual periksa,guna sekejap je!", murid yang seorang ini menjawab apabila ditanya bapanya. Jadual waktu biasa digunakan setiap hari. "Cikgu beri soalan, jawab je..

Bapanya bertanya kerana nak membantu anak merancang persediaan. Anak jawab lurus semacam. Cerita benar ini saya dengar petang tadi daripada pegawai di PPD. Cerita tentang jadual peperiksaan ini jadi lucu kerana anaknya murid sekolah rendah.

Apa bezanya denga anak murid kita yang tidak peduli tentang jadual peperiksaan? Atau yang terus tak datang? Hari ini di PPD kami mendengar taklimat analisis peperiksaan pertengahan tahun yang mencatat hampir 100 murid di Kuantan langsung tak hadir peperiksaan.

Apa matlamatnya belajar dan mendaftar untuk menduduki peperiksaan tetapi tak hadir? Murid mempunyai masalah dan alasan yang pelbagai. Masa, wang dan usaha semua pihak terbazir; termasuk diri murid sendiri.

Pengalaman menunjukkan murid yang sering ponteng, ada yang datang ambil SPM. Ada yang selesai kertas BM sahaja dan ada yang hanya datang untuk separuh kertas BM! Ada yang ambil beberapa kertas dan kemudiannya menghilang seperti sebelumnya. Inilah sebahagian punca SMKBR atau sekolah lain yang sama "liga" dengan kita gagal mencapai 100% lulus SPM.

Ke mana mereka tanpa sijil SPM? Itukah yang mereka inginkan? Apa perasaan ibu bapa? Khianatkah mereka kepada sekolah yang hanya inginkan mereka berjaya? Kata rakan saya, En Nandakumaran, Pengetua SMK Air Putih, mereka pengkhianat sekolah, pengkhianat bangsa!

Ada soalan-soalan itu yang boleh dijawab, tetapi kebanyakannya tak berguna dijawab. Sebab peperiksaan itu dah selesai. Sebab nasi dah jadi bubur (masih boleh dimakan). Lebih buruk jika bubur itu turut hangus.Hitam dan hangit. Sehitam dan sehangit banyak hati yang dikecewakan.

Apa tugas kita sebagai guru? Usaha dan bantulah murid menghadapi proses sukar sebelum peperiksaan awam. Awalkan proses membentuk hati yang cekal dan tahan uji. Mereka mungkin sudah kecundang sebelum peperiksaan. Jangan kita "bunuh" semangat mereka dengan tindakan kita. Jinakkan hati mereka sebelum kita menuntut pembuktian menguasai ilmu yang kita ajar. 'Don't expect immediate result.'

Soal masalah mereka yang diluar jangkauan kita, serah kepada Allah. Jika kita berusaha membantu dan bantuan tak sampai, cari jalan agar bantuan sampai. Jika dah kena sekatan macam Freedom Flotilla atau Rachel Corrie, saya fikir Allah tidak akan mempersoalkan usaha kita. Lainlah kalau kita tahu dan nampak tetapi memilih untuk memekakkan telinga, membutakan mata dan membekukan rasa/perasaan (tak sensitif).

Oklah tu. Mesej dah jelas. Mari kita terus fikir atas umat ini.

1 comment:

  1. Mungkin bebudak sekarang dah terlalu selesa. Tak ada lagi kalimah perjuangan dalam diri mereka seperti generasi dulu. llmu tu dah tak penting lagi kerana ada perkara lain yang lebih menarik dan kuat pengaruhnya seperti hiburan yang sebahagiannya agenda Yahudi untuk mengaburi mata orang-orang Islam. Maka nyatalah berjaya Yahudi dalam visi dan misi mereka. Semua pihak sebenarnya MESTI berusaha untuk bersama mendidik bebudak ni untuk menghargai masa depan, bukannya mengharapkan sekolah semata...

    ReplyDelete