17 Julai 2011 - Padang Sekolah. Kejohanan Olahraga Tahunan merupakan peristiwa penting dalam kalendar aktiviti sekolah. Aktiviti yang diadakan setiap tahun ini mampu menggabungkan semua warga sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan. Selain itu pelajar-pelajar didedahkan dengan pengelolaan dan pengurusan sukan melalui penglibatan mereka sebagai atlit dan pembantu guru atau pegawai kejohanan.
MATLAMAT
1. Penyertaan 100% pelajar dalam aktiviti olahraga dan pengurusan sukan.
2. Meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecergasan fizikal pelajar
OBJEKTIF
1. Melahirkan dan mengetengahkan atlet berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.
2. Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan dan sihat.
3. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat di kalangan murid-murid, guru-guru dan ibu bapa supaya dapat memupuk permuafakatan dan perpaduan yang utuh.
4. Mengeratkan hubungan yang baik di antara ibu bapa dan warga sekolah melalui semangat kesukanan yang tinggi.
5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui aktiviti sukan.
6. Menjadikan bidang sukan sebagai satu kerjaya atau profesion.
7. Memajukan sukan untuk sekolah dan negara.
Perasmian Pembukaan
Rumah Sukan
Acara Balapan
Larian Guru
Tarik Tali Guru dan Murid
Penyampaian Hadiah
Olahragawan dan Olahragawati
Juara Keseluruhan - Laksamana Gagah Perkasa.
Tahniah! Nampaknya rumah sukan Laksamana masih lagi bermaharajalela. Menjadi juara untuk 3 tahun berturut-turut! Berbaloi memang berbaloi. Guru-gurunya yang bertungkus lumus penuh Laksamana menyiapkan rumah sukan sehingga pukul 11 malam akhirnya dinobatkan sebagai Juara. Tak dinafikan...memang cantik dan gah. Ditambah pula dengan ramainya atlet di kalangan ahli Laksamana, mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai rumah sukan terbaik keseluruhan bagi tahun 2011.
Sehingga jumpa lagi tahun depan, insya Allah.
Sukan Untuk Semua.
No comments:
Post a Comment