MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 3 July 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC merupakan satu anugerah kepada guru-guru yang perkhabarannya sentiasa ditunggu-tunggu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal diumumkan. Ada juga yang membuat ramalan sambil sembang-sembang di kantin sekolah atau di bilik guru. Banyak juga cerita menarik di sebalik APC. Walaupun anugerah itu sekadar anugerah dan bukanlah penentu segalanya, tetapi bagi penerimanya ia adalah umpama suatu pengiktirafan dan motivasi daripada pihak pentadbiran atas usaha-usaha yang telah dibuat selama berkhidmat. Disebabkan itulah, tidak kurang juga yang berasa hampa atau kecewa bila nama yang diharapkan tidak diumumkan sebagai penerima.
           Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.
           Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.
          Sekalung tahniah kepada guru-guru berikut atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 yang diumumkan secara kejutan baru-baru ini oleh Tuan Pengetua dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan.

En. Mohammad Nasri b Mustafa Hilmi

Ustz. Sh. Ruthpa'aiyah bt Syed Yahya

Pn Norkamalizan bt Mohd Ali

Pn. Nurul Ashikin bt Othman

Pn. Asiah bt Jusoh

En. Mat Nawawi b Ismail

Pn. Umi Suhara bt Abdul Shukor

No comments:

Post a Comment