MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 10 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini lebih meriah apabila para guru dan murid berarak melaungkan salawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. Walaupun jaraknya agak dekat, tetapi memadai sebagai tanda meraikan kelahiran Utusan Allah itu. Acara diteruskan dengan alunan nasyid kumpulan Sautun Nasihah. Seterusnya, program sambutan Maulidur Rasul lebih bermakna apabila ceramah agama `Happy Birthday Ya Rasulullah' disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Syed Mohd Akhiruddin bin Syed Yahaya dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kem Batu 5 Mentakab Pahang. Shukran jazilan ya ustaz! Semoga roh dan semangat untuk sambutan Maulidur Rasul terus mekar hingga akhir zaman.
Law  Kaana Bainana Ya RasululLah!!!









Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

No comments:

Post a Comment