MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday, 27 June 2014

Ramadhan Kareem!

Ramadhan tiba lagi. Bulan yang penuh rahmah, mahgfirah dan barakah. Sedikit kebajikan tapi pahalanya berganda. Bulan yang diturunkan naskhah mukjizat iaitu al-Qur'anul Kareem. Memuliakan kehadirannya sangat digalakkan lebih-lebih lagi kerana kehadirannya hanya setahun sekali. Subhanallah. Walhamdulillah. Allahuakbar. Segala puji bagi Allah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut Ramadhan tahun 1435 Hijrah. Marilah beriltizam untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dalam hidup kita.

Sambutan Ihya' Ramadhan di BRASS....





Ceramah Ihya' Ramadhan yang disampaik Ustaz Ishak Othman
dari Sektor Pendidikan Islam JPN Pahang.



Tabung Ramadhan sebagai simbolik pelancaran Ihya' Ramadhan
Aktiviti sepanjang Ramadhan:

  1. Berehat Sambil Beribadah
  2. Bacaan al-Ma'thurat
  3. Zikir Pagi
  4. Tadarus al-Qur'an (pelajar dan guru)
  5. Solat Dhuha 
  6. Khatam al-Qur'an (individu)
  7. Titipan Kasih
  8. Infaq Ramadhan
  9. Kuiz Ramadhan
  10. Pencetus Ummah BRASS
  11. Buletin Ramadhan
  12. Ceramah Nuzul Qur'an
  13. Iftar Ramadhan
  14. Majlis Khatam al-Qur'an

Renungan bersama...
🚫10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.❌❌❌

1⃣ Tidak sahur.🍴
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 🍢

2⃣ Sahur terlalu awal 🍜
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. πŸ˜…

3⃣ Terlebih tidur 😴
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah πŸ’­. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. πŸ’€πŸ’€πŸ’€

4⃣ Berbuka secara buffet sampai buncit 🍑🍴🍀🍹🍚🍘🍟🍧🍩🍞πŸͺ🍌🍍
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5⃣ Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. πŸ’ΈπŸ’ΈπŸ’Έ

6⃣Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.😜
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan πŸ‘Ώ dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal πŸ‘»

7⃣ Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr πŸ™‡πŸ™‡
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! πŸ“ˆ

8⃣ Puasa tapi tak solat.πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
- pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! πŸ™ˆπŸ™ˆ

9⃣Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 
-bulan Ramadan bulan Ilmu.πŸ“šπŸ“–πŸ“•πŸ““ Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. πŸ™€πŸ˜ΎπŸ˜‘

πŸ”Ÿ Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.🌜
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar 🏊, tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem! πŸŽ‰πŸŽŠπŸ’
Selamat berpuasa. ⭐πŸŒˆπŸŒ™
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! πŸ’―✔

No comments:

Post a Comment