MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 8 August 2014

Majlis Sanjungan Budi

Majlis Sanjungan Budi khas diadakan di Hotel Vistana sempena pertukaran mantan Pengetua, Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar ke SBPI Pekan (INSTAR) bermula 17 Ogos 2014. Majlis hi-tea yang diadakan pada jam 3.00 petang dihadiri oleh hampir kesemua tenaga pengajar dan kakitangan sokongan sekolah. BRASS sekali lagi kehilangan seorang pentadbir yang peramah, sangat berdedikasi dan berwawasan. 

Tidak keterlaluan sekiranya ia dikatakan suatu kehilangan besar bagi sekolah kerana beliau bukan saja seorang ketua, tetapi seorang ketua yang buat kerja. Beliau merancang, berkongsi dan membimbing para guru untuk mencapai sesuatu objektif. Beliau suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ada dengan semua orang. Beliau suka bercerita sewaktu di perhimpunan rasmi sekolah antaranya tentang pengalaman beliau sewaktu bergelar mahasiswa di Amerika Syarikat, pengalaman beliau sewaktu menjadi guru biasa dan juga kursus kerjaya beliau di Australia pada tahun 2013. Beliau turut memberi banyak idea untuk kecemerlangan sekolah antaranya:
  • IPS dan BIP
  • Road Show Pengetua
  • Perkongsian Bestari
  • Bengkel Luar Sekolah (Kolej Shahputra, OUM, UMP, Sempurna Resort, dsb)
  • Immersion (INSTAR, SEMSAS, INTEK, SHAKs, SHAH Pekan, dsb)
  • Sehati 
  • Study Leave (sebelum peperiksaan)
  • Lawatan Akademik
  • Principal's Touch
  • A Word A Day
  • Persembahan Nilam di kantin sewaktu rehat
  • Majlis Graduasi Tingkatan 5
  • Penjenamaan BRASS (Bukit Rangin Secondary School)
  • Pengoperasian Bilik Dokumentasi
  • Papan tanda motivasi di sekitar sekolah
  • Penanaman pokok-pokok bunga (keceriaan sekolah)
Beliau rapat dengan para pelajar. Setiap pagi beliau akan berjalan sekeliling kawasan sekolah dan masuk ke kelas-kelas sewaktu guru-guru sedang mengajar, hanya untuk melihat prestasi anak-anak murid. Sikap beliau yang penyayang sangat ketara apabila beliau mempunyai beberapa orang anak angkat dari dalam kalangan murid-murid di sekolah ini. 

Penilaian beliau tentang prestasi sekolah selalunya tepat dengan keputusan peperiksaan awam sekolah kerana prinsipnya satu; DATA PENCAPAIAN MURID melalui peperiksaan dalaman! Disebabkan itu, beliau seringkali mengingatkan guru-guru supaya mengadakan program kecemerlangan akademik berdasarkan keputusan murid dalam peperiksaan. Visi dan misi beliau jelas dan mudah difahami. Mesyuarat bersama beliau ringkas tetapi padat. Beliau suka berterus-terang dalam hal ehwal pengurusan sekolah. Sungguhpun begitu, beliau tidak pernah memaksa tetapi selalu mengingatkan tentang tugasan yang perlu dilaksanakan. Baginya, sekiranya kewangan menjadi suatu penghalang, maka itu sebenarnya urusan pentadbir kerana urusan guru-guru adalah untuk mengadakan dan menjalankan program.

Beliau mengambil tahu dalam banyak aspek. Baginya tidak ada yang mustahil kalau diusahakan. Bertepatan dengan falsafah yang dipegang; The sky is  only the limit. Banyak kalau nak disenaraikan. Cukup kalau dikatakan bahawa pemergian Tuan Haji Zaimi akan meninggalkan banyak kenangan manis sepanjang tugasnya sebagai Pengetua BRASS. 

















Majlis juga meraikan Puan Nordiana bt Hassan yang akan bertukar ke SMK Seri Damai juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Terima kasih sekalung budi kepada Puan Nordiana di atas khidmat baktinya sepanjang bertugas selama 5 tahun sebagai Guru Kaunselor di BRASS.







Permintaan Tuan Haji Zaimi di penghujung majlis, agar perhubungan (silaturrahim) dapat diteruskan melalui kemudahan teknologi yang ada. Insya Allah.....


























Semoga Tuan Haji Zaimi terus berjaya sebagai Pengetua di sekolah baru dan tidak pula melupakan kami di sini. Sehingga berjumpa lagi.........

No comments:

Post a Comment