Ini merupakan perubahan/penambahan yang paling ketara dan mencabar dalam peperiksaan PT3 untuk Tingkatan 3. Kertas Kemahiran Mendengar (Listening) merupakan Kertas ke-3 selain Kertas Kefahaman dan Penulisan (Reading & Writing) Kertas 1 dan Kertas Bertutur (Speaking) Kertas 2.
Dalam ujian ini, calon perlu menjawab soalan yang diberikan semasa mendengar CD audio yang dipasang. Calon-calon kelas hadapan tidak menghadapi masalah tetapi keadaannya agak berbeza dengan calon kelas belakang. Ini kerana kebanyakan mereka menghadapi kesukaran untuk memahami sebutan dan isi kandungan audio. Selain itu, mereka juga terpaksa menjawab dengan pantas kerana jika tidak, mereka akan ketinggalan maklumat untuk soalan lain.
Semoga semua calon ini beroleh kejayaan dalam peperiksaan Mendengar (Listening) yang sebenar pada 12 dan 13 Ogos minggu hadapan. Calon-calon juga diingatkan untuk hadir (WAJIB!) kerana peperiksaan ini TIDAK AKAN DIULANG pada tarikh yang lain sekiranya mereka gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan.

Good luck!
No comments:
Post a Comment