MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 27 September 2014

Selamat Datang Pengetua Baru!


Pengetua BRASS ke-6, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad 

Selamat Datang!
Welcome!
Marhaban!
Diucapkan kepada Pengetua baru BRASS, Tuan Haji Abdul Razak bin Ahmad. Kehadiran beliau pada hari ini melengkapkan organisasi BRASS, menggantikan mantan Pengetua Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar yang bertukar ke SBPI Pekan pada awal bulan Ogos yang lepas. Kehadiran yang sememangnya ditunggu-tunggu disambut dengan serba sederhana dan penuh kesyukuran. 

Majlis ringkas dimulakan dengan bacaan al-Ma'thurat Perdana diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada guru bertugas, Ustazah Sharifah Ruthpa'aiyah. Diikuti pula dengan program A Word A Day dengan perkataan 'EXULTANT' yang bermaksud 'sangat gembira' (The students and the teachers are exultant to welcome the new Principal). Majlis seterusnya menyaksikan penyerahan buku Fokus Pengurusan BRASS oleh PK Pentadbiran, Puan Hajah Haniliza kepada Tuan Haji Abdul Razak. Majlis berakhir dengan amanat sulung Tuan Pengetua.







Tuan Haji Abdul Razak sebelum ini merupakan mantan Pengetua SMK Gudang Rasau yang jaraknya hanya lebih kurang 5 kilometer dari Bukit Rangin. Penempatan di Bukit Rangin bukanlah asing baginya memandangkan kediaman beliau juga berada tidak jauh dari kawasan sekolah, sekaligus memudahkan beliau menjalankan urusan pentadbiran sekolah. Beliau juga merupakan seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran kerana pernah berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan sebagai Pegawai Hal Ehwal Murid. Dalam ucapan sulung beliau, masa dan disiplin merupakan dua perkara yang sangat penting. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan saja bergantung kepada guru-guru tetapi juga memerlukan komitmen pelajar-pelajar untuk berusaha lebih giat bagi merealisasikan kecemerlangan tersebut.

Semoga kehadiran beliau dapat menyemarakkan lagi dunia pendidikan BRASS dan merealisasikan visi sekolah iaitu menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) pada tahun 2016, insyaa Allah...

No comments:

Post a Comment