MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Sunday, 2 November 2014

Esok Pahang Cuti!

Begitu yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang berikutan kemenangan Pahang menentang Johor dalam perlawanan akhir bola sepak Oppo Piala Malaysia pada 1 Nov semalam.

Pahang diberi cuti sehari esok memandangkan bola sepak merupakan permainan rakyat dan kemenangan sedemikian bukanlah setiap tahun. Tahniah kepada pasukan Tok Gajah kerana mengulangi kejuaraan 2 tahun berturut-turut!

Bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada calon-calon SPM dan petugas-petugas. Peperiksaan akan berjalan seperti yang dijadualkan. Biarkan bola sepak berakhir. Jadikan kemenangan pasukan Pahang sebagai inspirasi untuk anda pula membuktikan kecemerlangan. Teruskan perjuangan sehingga minit yang terakhir. Anda boleh!




No comments:

Post a Comment