MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Saturday, 8 November 2014

Kem Ibadah

7 - 8 November 2014
Kem Desa Cempaka Pantai Sepat Kuantan

Ibadah merupakan tiket utama seorang Muslim untuk mendapat kebahagiaan hidup yang kekal abadi di alam akhirat. Pengabaian terhadap peribadatan yang difardukan akan menyebabkan sahsiah individu seseorang itu akan terpesong dari yang disyariatkan oleh Islam. Kewajipan ibadah ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan terutama pada zaman yang penuh pancaroba ini. Oleh itu sebagai Muslim adalah kewajipan untuk sentiasa berusaha meningkatkan peribadatan untuk menjadi Muslim yang sejati.

Kem Ibadah dilaksanakan agar para peserta dapat memahami konsep ibadah yang sebenar dalam kehidupan dan sentiasa beristiqamah melaksanakannya walau dalam apa jua keadaan terutamanya yang berkaitan dengan solat dan amalan sunat yang lain.


































Pengisian kem:
  1. Bacaan Mathurat
  2. Solat berjemaah
  3. Tazkirah maghrib
  4. Sentuhan kalbu “ Indahnya Hidup Beribadah "
  5. Qiamullail "Munajatku"
  6. Riadah
  7. Bengkel “ Ibadah Dihatiku "
  8. Tahsin solat
  9. Jom Solat Di Pantai

No comments:

Post a Comment