MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 2 May 2019

Lawatan Penanda Aras Pengawas Ke Melaka 2019

Ahli Jawatankuasa Induk Exco Badan Pengawas memainkan peranan yang signifikan sebagai penggerak kerja utama dalam membantu mengendalikan Badan Pengawas BRASS. Pengawas Sekolah juga adalah aset sekolah memandangkan prestasi pengawas yang cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Justeru peranan pengawas yang penting, satu program lawatan penanda aras telah dirancang bersama-sama Jawatankuasa Exco BADAR untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama bertahun-tahun berkhidmat. SMK Paya Rumput dipilih atas dasar rekod mereka yang mempunyai sistem pengurusan disiplin yang cemerlang
pada peringkat kebangsaan.

Objektif program ini adalah untuk:

1. Memantapkan aspek kepimpinan dalam diri setiap pengawas.
2. Memperoleh maklumat tentang sistem pengurusan disiplin di sekolah lain.
3. Meningkatkan kualiti dan mutu pengawas sekolah dan BADAR bagi memantapkan integriti organisasi.









Jadual Aktiviti:

Khamis, 2 Mei 2019

7.30 pagi       : Slot 1
                      Berkumpul di BRASS dan bertolak dari perkarangan BRASS menuju ke Bandar Hilir Melaka     
1.30 petang   : Slot 2
                      Lawatan Di Bandar Hilir Melaka
5.30 petang   : Slot 3
                        Pulang ke Homestay Bukit Katil
                    : Slot 4
                      River Cruise @ Bandar Hilir Melaka
                    : Slot 5
                      Bermalam Di Homestay Bukit Katil yang terletak 15 minit dari Bandar Hilir Melaka

Jumaat, 3 Mei 2019
               
8.00 pagi       : Slot 6
                      Bertolak dari Homestay Bukit Katil Ke SMK Paya Rumput, Alor Gajah, Melaka.
8.30 pagi       : Slot 7
                      Taklimat Bersama Pihak Pengurusan SMK Paya Rumput
10.00 pagi     : Slot 8
                      Sesi Outreach (Penanda Aras)
1.00 petang   : Slot 9
                      Bertolak Pulang Ke SMK Bukit Rangin, Kuantan.

Program ini diharapkan dapat melahirkan pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi serta membuat keputusan yang rasional dalam usaha ke arah kecemerlangan individu. Selain itu, ahli jawatankuasa penganjur program ini berharap agar objektif program ini dapat diterima dengan baik selaras dengan KPI yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment