Walaupun negera kita masih lagi dibelenggu virus Covid-19, namun sambutan Hari Kebangsaan tahun ini tetap diadakan dalam suasana norma baharu. Sambutan diadakan di Dataran Saujana dan hanya dihadiri oleh para pentadbir, guru-guru (bukan Guru Kelas) dan para pemenang yang terlibat dalam pertandingan Program Kokurikulum Digital Skill Pasca Covid-19 sahaja mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan. Manakala murid-murid lain berada di dalam kelas dan dikawal oleh Guru Kelas masing-masing.
Sebelum berlangsungnya hari yang dinantikan, semua murid telah diingatkan untuk membawa Jalur Gemilang bersaiz kecil sebagai tanda semangat meraikan hari bersejarah. Manakala para guru pula diingatkan untuk memakai pakaian berwarna-warni bertemakan Jalur Gemilang.
Atur cara majlis sambutan Hari Kebangsaan di BRASS adalah seperti berikut:
- 7.40-8.10 a.m. - Bacaan surah yasin
- 8.10 -9.00 a.m. - Ucapan Pengetua
- Penyampaian Sumbangan Baju Uniform
- Penyampaian Hadiah KOKO
- Nyanyian lagu patriotik ~ Tanggal 31, Jalur Gemilang & Keranamu Malaysia
Semoga Malaysia terus selamat dan aman dari ancaman virus Covid-19 yang merbahaya. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana terus prihatin kepada rakyat Malaysia berbilang bangsa dengan memberi kelonggaran dan bantuan yang diperlukan rakyat.
No comments:
Post a Comment