MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 8 April 2023

CERAMAH NUZUL QURAN

Ceramah Nuzul Quran pada tahun ini telah disampaikan oleh seorang penceramah yang tidak asing lagi dalam dunia dakwah iaitu Al Fadhil Ustaz Haji Mahmud Bin Mat. Admin telah mengenali Ustaz Mahmud Mat sejak zaman kanak-kanak lagi kerana beliau kerap muncul di kaca televisyen dalam rancangan Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI). Pada ketika itu, FPEI merupakan salah satu rancangan televisyen berunsur dakwah yang sangat popular yang dihoskan oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah, yang juga seorang pendakwah yang sangat hebat. FPEI bersiaran pada pukul 9.30 malam pada setiap hari Khamis dan ahli-ahli panel akan sentiasa bertukar-tukar pada setiap minggu. Namun admin akan menonton rancangan tersebut sehingga ke penghujungnya sekiranya Ustaz Mahmud merupakan ahli panel jemputan pada malam itu kerana ceramah yang disampaikan oleh ustaz sangat jelas dan mudah difahami DAN diselitkan pula dengan unsur-unsur jenaka yang menghiburkan hati admin yang sememangnya mudah terhibur😂😅Rindu pula admin zaman dahulu kala😔

7/4/2023 - admin berkesempatan melihat Ustaz Mahmud Mat di hadapan mata admin sendiri. Walaupun hanya dapat melihat dari jauh, admin dapat merasakan satu 'aura' positif tiba-tiba menyelinap masuk dan menembusi jiwa admin. Yang paling penting,  ustaz kelihatan sihat dan masih kacak seperti dulu. Semoga ustaz sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT😊








Syukron a’la hadha aleem ya ustadh 💫
جَزَاكَ اللَّÙ‡ُ Ø®َÙŠْرًا

Semoga ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz mampu menyuntik rasa cinta akan kitab suci Al Quran yang sememangnya harus dijadikan pedoman hidup oleh seluruh umat Islam di muka bumi ini. 

Rasulullah bersabda:

'Aku tinggalkan dua perkara untuk kalian. Kalian tidak akan tersesat selama-lamanya selama kalian mahu berpegang teguh pada keduanya iaitu kitab Allah (Al quran) dan sunnah Rasul' (HR Muslim)

No comments:

Post a Comment