MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday 8 April 2023

WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN MURID

WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN MURID 

TARIKH: 3/4/2023

HARI: ISNIN

MASA: 7.40 A.M - 8.40 A.M

TEMPAT: DEWAN BITARA



Ketua Pelajar : Muhd Luqman Bin Rokman

Pen. Ketua Pelajar: Hasya Bt Saiful Azlan















10 sifat yang perlu ada dalam diri setiap pemimpin menurut Islam:

💢 Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh yang boleh merosakkan kepimpinan.

💢 Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai-bagai sudut.

💢 Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.

💢 Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.

💢 Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).

💢Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada manusia.

💢 Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada orang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.

💢 Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.

💢 Mempunyai sifat sabar yang tinggi.

💢 Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).

👉SUMBER: https://akpdppm.wordpress.com/2016/11/29/ciri-ciri-dan-akhlak-kepimpinan-dalam-islam/

No comments:

Post a Comment