
Apa komen beliau tentang BRASS?
BRASS merupakan sekolah harian biasa luar bandar yang sangat mengagumkan dan layak berada dalam kelompok sekolah klaster sekiranya mempunyai program dokumentasi yang baik. Beliau berasa senang dan berpuas hati selama berada di BRASS kerana budaya kerja warganya yang mudah dan tidak dipaksa-paksa. Beliau pasti akan merindui BRASS kerana suasananya yang damai. Beliau mengharapkan agar BRASS semakin berjaya dalam visi dan misinya.
Terima kasih Pn Azizah kerana komen beliau yang begitu membina dan pastinya akan menaikkan semangat kami di sini untuk membuat yang terbaik. Semoga bertemu lagi!
![]() |
Cenderamata kenangan kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Zaimi Abu Bakar |
No comments:
Post a Comment