MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Sunday 30 June 2013

Sukan Olahraga BRASS Kali Ke 10

 
Diam tak diam, Sukan Tahunan BRASS telah berlangsung selama 10 tahun dan semangat warganya, terutama guru-gurunya masih membara dan hangat. Persediaan tetap juga dilakukan dalam keadaan penuh kesibukan mengejar kelas masing-masing yang juga kewajipan utama! Semangat guru-guru mempengaruhi semangat murid-murid. Maka daripada sedikit, penyertaan menjadi semakin ramai dan bersemarak biarpun di saat akhir. Perjuangan tetap diteruskan biarpun anggota badan terasa lenguh dan kebas-kebas. Itulah namanya komitmen. Kokurikulum juga memain peranan dalam pembentukan personaliti dan pencapaian murid di sekolah. Meraikan semangat anak didik seperti suatu kepuasan. Walaupun acara ditagguhkan lebih kurang satu setengah jam disebabkan hujan (mungkin hujan rahmat...), matahari yang sedikit demi sedikit muncul, memancarkan sinarnya sehingga acara berakhir kira-kira jam 2 petang.
 



















Rumah Bendahara - JUARA PERBARISAN




Rumah Laksamana - Kesultanan Melaka & Puteri Hang Li Po
mendapat tempat ke-2
Maskot Rumah Syahbandar - ANDROID yang menjadi perhatian!
Rumah Temenggung - Konsep Alam Laut bersama Mr Merman!



































Rumah Temenggung - Tempat Kedua Perhiasan Rumah Sukan



Rumah Laksamana - JUARA Perhiasan Rumah Sukan





Kehangatan Sukan Tahunan 2013 berakhir dengan kemenangan Rumah Laksamana (seperti kebiasaan...) dengan 972 mata terkumpul. Manakala rumah Syahbandar menduduki tempat ke-2 dengan 834 mata, rumah Bendahara tempat ke-3 (780 mata) dan rumah Temenggung tempat ke-4 (626 mata). Pengajarannya, kemenangan banyak dipengaruhi daripada acara Sukantara dan Merentas Desa  yang dijalankan terlebih dahulu. Komitmen semua murid sesungguhnya sangat penting untuk menyumbang mata kemenangan yang diharapkan.
 
Kemuncak acara, perisytiharan Olahragawan dan Olahragawati BRASS 2013:
  • Olahragawan - NOR DANIAL ASHRAF B NOR MAZLAN (Laksamana)
  • Olahragawati - NOR KHAIREIN AIDA BT MUHD KHAIR (Bendahara)
 
Tahniah kepada yang menang. Kepada yang kalah, tahun depan boleh cuba lagi. Kalau kalah, cuba lagi tahun satu lagi.... Menang dan kalah adat permainan dan sebenarnya ia berpasangan yang memerlukan antara satu sama lain!
 
Majulah Sukan untuk Negara!

1 comment:

  1. Saya ucapkan tahniah kepada rumah Laksamana kerana menjuarai keseluruhan,dan saya ucapkan tahniah juga kepada semua Rumah Sukan dan Guru2 rumah sukan masing2...:)

    ReplyDelete