SMK BUKIT RANGIN 25150 KUANTAN Tel : 09-536 6235 Faks : 09-536 1457 Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid Moto: Cendekia, Etika, Terampil Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025 Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
Takziah diucapkan kepada Puan Norasyida bt Mohd Zin kerana kepulangan anakandanya ke rahmatullah lewat petang semalam. Adik Hamka yang berusia 7 tahun telah terkena sengatan dua ekor tebuan (dipercayai tebuan tanah) sewaktu mengikuti bapanya memancing bersama dua lagi abangnya. Adik Hamka telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Jenazah adik Hamka telah dikebumikan pagi tadi di perkuburan Jaya Gading.
Sesungguhnya, tempat adik Hamka sememangnya di syurga. Pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya. Semoga sahaja kedua ibu bapanya dapat bersabar dengan ketentuan ini. Al-Fatihah!
Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini lebih meriah apabila para guru dan murid berarak melaungkan salawat dan salam kepada Junjungan Rasulullah s.a.w. Walaupun jaraknya agak dekat, tetapi memadai sebagai tanda meraikan kelahiran Utusan Allah itu. Acara diteruskan dengan alunan nasyid kumpulan Sautun Nasihah. Seterusnya, program sambutan Maulidur Rasul lebih bermakna apabila ceramah agama `Happy Birthday Ya Rasulullah' disampaikan oleh Yang berbahagia Ustaz Syed Mohd Akhiruddin bin Syed Yahaya dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Kem Batu 5 Mentakab Pahang. Shukran jazilan ya ustaz! Semoga roh dan semangat untuk sambutan Maulidur Rasul terus mekar hingga akhir zaman.
Law Kaana Bainana Ya RasululLah!!!
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...
Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
Larian merentas desa adalah acara tahunan setiap sekolah. Larian merentas desa tidak sama dengan larian acara pecut 100m atau 200m. Jarak larian merentas desa hingga sejauh 5km. Maka strategi yang sesuai perlu digunakan oleh pelajar.
Acara larian merentas desa ini mengajar dan mendidik para pelajar nilai daya tahan fizikal dan mental. Hanya pelajar yang mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi mampu mencapai kejayaan. Amatlah rugi jika ramai pelajar yang hanya menghabiskan 80% acara ini dengan berjalan saja.
Nilai daya tahan fizikal dan mental dari acara larian merentas desa ini boleh digunakan dalam kehidupan pelajar sekarang dan masa hadapan. Mengatasi cabaran dan persaingan melalui trek yang berliku adalah sama dengan perjalanan mencapai kejayaan dalam karier dan bidang keusahawanan.
Nilai daya tahan fizikal dan mental adalah penentu kejayaan seseorang dalam bidang pekerjaan dan keushawanan. Mereka yang mempunyai nilai ini pasti berusaha mengatasi setiap cabaran dan masalah hingga mencapai kejayaan. Mereka tidak mudah mengalah atau putus asa berusaha dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. [Sumber: Motivasi Modal Insan Juara]
Latihan Rentas Desa dah bermula. Persediaan untuk hari berlangsung pada 3 Mac nanti. Kemenangan pasti berpihak kepada yang berazam dan beriltizam. Sedikit pembaharuan pada tahun ini apabila latihan murid lelaki dan murid perempuan dibezakan harinya. Teruskan!!!
Ibarat kata pepatah Melayu, jauh berjalan luas pengalaman. Dan ibarat kata pepatah Inggeris, erxperience is the best teacher. Selepas lawatan penanda aras kali pertama ke SBPI Kuantan dan SMK Bukit Goh Januari lepas, Tuan Pengetua bersama beberapa orang pentadbir sekali lagi mengadakan lawatan penanda aras dan kali ini ke SM Sultanah Hajah Kalsom (SHAKs) dan SMK Pelabuhan Kuantan pula. Ibarat berjumpa rakan lama, rombongan SMKBR disambut baik oleh bekas Pengetua Tuan Haji Abdul Rahim (sekarang Pengetua SHAKs). Tujuan lawatan adalah untuk melihat beberapa lokasi seperti Pusat Sumber Sekolah, Bilik Dokumentasi, tandas dan kantin. Juga untuk membincangkan program immersion yang akan diadakan untuk murid-murid cemerlang Tingkatan 5.
Seminar ini dikendalikan oleh Skor A Edu Consultation dari Kuala Lumpur. Satu seminar Skor A akan diadakan di Kolej Shahputra pada 18 Februari sebagai program susulan. Murid-murid yang berminat boleh mendaftar nama pada guru-guru kaunseling.