MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Saturday, 15 November 2014

Mesyuarat Akhir Guru & LADAP RCA (Root Cause Analysis)

Mesyuarat Akhir Guru



Hadiah Buku Rekod Kehadiran Terbaik
Pn Juhaida bt Yusop

Hadiah Guru Paling Awal Hadir ke Sekolah
Pn Rahayati bt Salleh

Hadiah GURU Tidak Pernah Cuti/MC
Pn Nurul Ashikin bt Osman

Hadiah GURU Tidak Pernah Cuti/MC
En Ismail Ali b Abd Aziz

Hadiah Guru Balik Paling Lewat
Pn Siti Khadijah bt Baharum


LADAP RCA
disampaikan oleh Pn Hazlina bt Mohamad Sood
Pen. Pengarah Kajian Kemasyarakatan JPN Pahang


Penceramah RCA, Pn Hazlina dari JPN Pahang




Friday, 14 November 2014

Munajat Perdana 3 dan Bicara Puteri 3

Munajat Perdana 3
sempena akhir tahun persekolahan
pimpinan Ustaz Nazli b Mahmud
PK Hal Ehwal Murid





Bicara Puteri
fokus kpd Fiqh Wanita 
disampaikan oleh Pn Hajjah Faridah, Penceramah Tabung Haji Di Surau Al Falah. Semua murid perempuan terlibat.





Saturday, 8 November 2014

Kem Ibadah

7 - 8 November 2014
Kem Desa Cempaka Pantai Sepat Kuantan

Ibadah merupakan tiket utama seorang Muslim untuk mendapat kebahagiaan hidup yang kekal abadi di alam akhirat. Pengabaian terhadap peribadatan yang difardukan akan menyebabkan sahsiah individu seseorang itu akan terpesong dari yang disyariatkan oleh Islam. Kewajipan ibadah ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan terutama pada zaman yang penuh pancaroba ini. Oleh itu sebagai Muslim adalah kewajipan untuk sentiasa berusaha meningkatkan peribadatan untuk menjadi Muslim yang sejati.

Kem Ibadah dilaksanakan agar para peserta dapat memahami konsep ibadah yang sebenar dalam kehidupan dan sentiasa beristiqamah melaksanakannya walau dalam apa jua keadaan terutamanya yang berkaitan dengan solat dan amalan sunat yang lain.


































Pengisian kem:
  1. Bacaan Mathurat
  2. Solat berjemaah
  3. Tazkirah maghrib
  4. Sentuhan kalbu “ Indahnya Hidup Beribadah "
  5. Qiamullail "Munajatku"
  6. Riadah
  7. Bengkel “ Ibadah Dihatiku "
  8. Tahsin solat
  9. Jom Solat Di Pantai

Tuesday, 4 November 2014

SPM 2014

Selamat menghadapi peperiksaan SPM diucapkan kepada 194 orang calon BRASS. Bermula lebih awal dari biasa iaitu pada 3 November dan hanya akan berakhir pada 4 Disember 2014. Diharapkan semua calon tidak akan patah semangat untuk berjuang hingga ke saat akhir.

Terima kasih kepada Pegawai PPD Kuantan baharu iaitu En. Mohd Pauzi bin Taib yang sudi meluangkan masa mengunjungi pusat peperiksaan BRASS dalam lawatan peribadinya pagi tadi.

Laungan azan



Antara ibu bapa yang hadir

Bacaan Doa

Dari kiri: En Mohd Pauzi (Peg. PPD Kuantan), Tn Hj Abdul Razak
(Pengetua BRASS) & Ketua Pengawas Peperiksaan. 

Sunday, 2 November 2014

Esok Pahang Cuti!

Begitu yang diumumkan oleh Menteri Besar Pahang berikutan kemenangan Pahang menentang Johor dalam perlawanan akhir bola sepak Oppo Piala Malaysia pada 1 Nov semalam.

Pahang diberi cuti sehari esok memandangkan bola sepak merupakan permainan rakyat dan kemenangan sedemikian bukanlah setiap tahun. Tahniah kepada pasukan Tok Gajah kerana mengulangi kejuaraan 2 tahun berturut-turut!

Bagaimanapun, ia tidak tertakluk kepada calon-calon SPM dan petugas-petugas. Peperiksaan akan berjalan seperti yang dijadualkan. Biarkan bola sepak berakhir. Jadikan kemenangan pasukan Pahang sebagai inspirasi untuk anda pula membuktikan kecemerlangan. Teruskan perjuangan sehingga minit yang terakhir. Anda boleh!