MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Wednesday, 6 July 2011

Cerita "Jadual Periksa"

"Buat apa salin jadual periksa,guna sekejap je!", murid yang seorang ini menjawab apabila ditanya bapanya. Jadual waktu biasa digunakan setiap hari. "Cikgu beri soalan, jawab je..

Bapanya bertanya kerana nak membantu anak merancang persediaan. Anak jawab lurus semacam. Cerita benar ini saya dengar petang tadi daripada pegawai di PPD. Cerita tentang jadual peperiksaan ini jadi lucu kerana anaknya murid sekolah rendah.

Apa bezanya denga anak murid kita yang tidak peduli tentang jadual peperiksaan? Atau yang terus tak datang? Hari ini di PPD kami mendengar taklimat analisis peperiksaan pertengahan tahun yang mencatat hampir 100 murid di Kuantan langsung tak hadir peperiksaan.

Apa matlamatnya belajar dan mendaftar untuk menduduki peperiksaan tetapi tak hadir? Murid mempunyai masalah dan alasan yang pelbagai. Masa, wang dan usaha semua pihak terbazir; termasuk diri murid sendiri.

Pengalaman menunjukkan murid yang sering ponteng, ada yang datang ambil SPM. Ada yang selesai kertas BM sahaja dan ada yang hanya datang untuk separuh kertas BM! Ada yang ambil beberapa kertas dan kemudiannya menghilang seperti sebelumnya. Inilah sebahagian punca SMKBR atau sekolah lain yang sama "liga" dengan kita gagal mencapai 100% lulus SPM.

Ke mana mereka tanpa sijil SPM? Itukah yang mereka inginkan? Apa perasaan ibu bapa? Khianatkah mereka kepada sekolah yang hanya inginkan mereka berjaya? Kata rakan saya, En Nandakumaran, Pengetua SMK Air Putih, mereka pengkhianat sekolah, pengkhianat bangsa!

Ada soalan-soalan itu yang boleh dijawab, tetapi kebanyakannya tak berguna dijawab. Sebab peperiksaan itu dah selesai. Sebab nasi dah jadi bubur (masih boleh dimakan). Lebih buruk jika bubur itu turut hangus.Hitam dan hangit. Sehitam dan sehangit banyak hati yang dikecewakan.

Apa tugas kita sebagai guru? Usaha dan bantulah murid menghadapi proses sukar sebelum peperiksaan awam. Awalkan proses membentuk hati yang cekal dan tahan uji. Mereka mungkin sudah kecundang sebelum peperiksaan. Jangan kita "bunuh" semangat mereka dengan tindakan kita. Jinakkan hati mereka sebelum kita menuntut pembuktian menguasai ilmu yang kita ajar. 'Don't expect immediate result.'

Soal masalah mereka yang diluar jangkauan kita, serah kepada Allah. Jika kita berusaha membantu dan bantuan tak sampai, cari jalan agar bantuan sampai. Jika dah kena sekatan macam Freedom Flotilla atau Rachel Corrie, saya fikir Allah tidak akan mempersoalkan usaha kita. Lainlah kalau kita tahu dan nampak tetapi memilih untuk memekakkan telinga, membutakan mata dan membekukan rasa/perasaan (tak sensitif).

Oklah tu. Mesej dah jelas. Mari kita terus fikir atas umat ini.

Hari Koperasi Sekolah

30 Jun 2011. Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1995 dengan aktiviti pertandingan seperti kuiz koperasi, pidato, penulisan esei dan berpantun di peringkat zon, negeri dan kebangsaan. Pada tahun 2006, HKS telah diubah format penganjuran apabila sambutan HKS dianjurkan sendiri oleh koperasi sekolah dengan pelbagai aktiviti berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh pihak ANGKASA. Sambutan HKS di peringkat sekolah ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.

Koperasi sekolah telah diiktiraf sebagai salah satu kegiatan ko-kurikulum yang terpenting disekolah. Sehingga Disember 2010, sebanyak 2115 buah koperasi sekolah telah ditubuhkan dan 1,885 daripadanya telah menjadi ahli ANGKASA. Pada tahun 2010, sambutan HKS mendapat perhatian utama apabila sambutan HKS Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran di SMK Bera Bandar 32, Pahang pada 9 Ogos 2010.

Pada tahun itu juga, sambutan HKS peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan oleh 1,573 koperasi sekolah berbanding hanya 1,430 pada tahun 2009. Hasil daripada laporan bertulis yang diterima daripada koperasi sekolah, sambutan HKS telah mendapat sambutan baik daripada warga sekolah dan masyarakat setempat. Ini bermakna, sambutan HKS telah berjaya menonjolkan koperasi sekolah sebagai satu entiti penting di sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

Selain daripada itu sambutan HKS merupakan usaha yang diadakan bagi memperkasakan pelajar (anggota koperasi) terhadap koperasi sekolah. Ia juga sebagai satu kegiatan untuk memupuk budaya kerjasama dan keusahawanan disamping meningkatkan daya usaha dan kreativiti pelajar. (Sumber: ANGKASA)

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan pada Hari Koperasi Sekolah SMK Bukit Rangin ialah:
  1. Perhimpunan Khas
  2. Edaran cenderamata - pen
  3. Penanaman pokok
  4. Pertandingan memancing
  5. Pertandingan memasak
  6. Ceramah
  7. Gerai Jualan
  8. Tayangan filem
  9. DJ Corner







Tema Hari Koperasi pada tahun ini ialah `1 Untuk Semua, Semua Untuk 1'.

Monday, 4 July 2011

Pelatih ROS

2 Julai 2011. "Guru-guru sangat bagus, memberi kerjasama dan murid-murid baik dan rajin". Begitulah ucapan akhir yang dapat diberikan oleh guru pelatih Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu, Cik Norhasniza bt Omar, selepas menjalani latihan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) selama 3 minggu bermula pada 14 Jun dan berakhir pada 1 Julai 2011.
         Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, Cik Norhasniza telah menyampaikan cenderamata kepada Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim selepas majlis penutupan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia di Dewan Bitara.
         Cik Norhasniza juga mengucapkan semoga SMKBR sentiasa sukses dan mengekalkan kecemerlangan dari masa ke semasa.

Sunday, 3 July 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

2 Julai 2011. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan larian serentak pada pukul 7.45 pagi di seluruh negara bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan. Dasar 1M1S berhasrat untuk:
  • Membangunkan modal insan melalui penyertaan murid yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun
  • Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Poster larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah:
  • Bacaan doa
  • Bacaan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia
  • Senaman ringan
  • Pelancaran Larian Serentak 1M1S oleh YDP PIBG
  • Perlawanan Bola Sepak
  • Perlawanan Bola Jaring




Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau APC merupakan satu anugerah kepada guru-guru yang perkhabarannya sentiasa ditunggu-tunggu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal diumumkan. Ada juga yang membuat ramalan sambil sembang-sembang di kantin sekolah atau di bilik guru. Banyak juga cerita menarik di sebalik APC. Walaupun anugerah itu sekadar anugerah dan bukanlah penentu segalanya, tetapi bagi penerimanya ia adalah umpama suatu pengiktirafan dan motivasi daripada pihak pentadbiran atas usaha-usaha yang telah dibuat selama berkhidmat. Disebabkan itulah, tidak kurang juga yang berasa hampa atau kecewa bila nama yang diharapkan tidak diumumkan sebagai penerima.
           Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Semua kakitangan Perkhidmatan Awam layak dipertimbangkan bagi APC kecuali pegawai-pegawai yang menjawat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Penilaian dibuat setiap tahun oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan di peringkat kementerian dan jabatan.
           Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.
          Sekalung tahniah kepada guru-guru berikut atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 yang diumumkan secara kejutan baru-baru ini oleh Tuan Pengetua dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan 2010. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan.

En. Mohammad Nasri b Mustafa Hilmi

Ustz. Sh. Ruthpa'aiyah bt Syed Yahya

Pn Norkamalizan bt Mohd Ali

Pn. Nurul Ashikin bt Othman

Pn. Asiah bt Jusoh

En. Mat Nawawi b Ismail

Pn. Umi Suhara bt Abdul Shukor

Hari Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Panitia PMR 2010
PANITIA BAHASA ARAB
ZAKIAH BT ABDUL KADIR
NAGYAH BT ABD WAHID

PANITIA MATEMATIK
NOR HUZAIRAH BT MOHD AZIZ
AINI BT RAZIK
JUHAIDA BT YUSOP
ZURINA BT DARSANI
ROHAYA BT YAAKOB
EZATUL IRADA BT ABDUL GHANI
WAN MAHANI BT KHAIRUDDIN
MAZNAH BT ARIFFIN
ASIAH BT JUSOH
MOHD HAFIZ B TALIBIN

PANITIA BAHASA INGGERIS
ROSALIZA BT HJ MUHAMMAD
FAUZIAH BT ABDUL HALIM
NOOR AIDA BT ABDUL LATIF
YUSNAILI BT YUSOF
PUTERI AZIRAH BT ABD AZIZ
NOR RAHISHAH BT ABDUL RAHIM
MOHAMED NAZIM B ISMAIL
ZARINA BT AZIZ

PANITIA SAINS
NOOR AZIZAWATI BT MUSA
ZAKIAH BT MALEK
AZLINA BT IBRAHIM
MOHD FIRDAUS B MAMAT
NOOR AZMAH BT  ABD WAHAB
ZURAIDA BT SAMSUDIN
MARINA BT AMIR
KHALIJAH BT ALI
SAPURA BT MAT ZALI

PANITIA SEJARAH
NOR KAMALIZAN BT MOHD ALI
NOR HASMAH BT MAT NASIR
WAN AZLIA BT WAN ARIFFIN
RAHAYATI BT SALLEH
WAN NORIZAN BT WAN MOHD

PANITIA KHB (ERT)
WAN AZIMAH BT WAN AHMAD
SAADIAH BT MUHAMAD ALI
NORANITA BT TAHIR

PANITIA KHB (PK)
NURUL ASHIKIN BT OSMAN

Saturday, 2 July 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan

Tarikh   : 28 Mei 2011
Tempat : Dewan Bitara
Perasmi : YB Encik Mohd Zaili bin Besar, ADUN Panching


Peperiksaan Akhir Tahun 2010

TINGKATAN SATU
NUR FADHLIN FARHANAH BT MOHAMED FAIZAL 9A
MOHD IKMAL BIN MOHD SHARIFF 7A1B
MUHAMMAD FIRDAUS BIN AHMAD TARMIZI 6A2B 

TINGKATAN DUA
NUR AQILA YASMIN BINTI MOHD ZUKHI 9A
NUR AQILAH BINTI MOHD ROSLI 9A
FATIN NUR AFIQAH BINTI SURIS 8A1B

TINGKATAN EMPAT
NUR SYAHIDAH BINTI MOHD NADZRI 7A1B1D
ATHIRAH BINTI ZAKARIA 6A2B1D
MOHD HAMIZAN BIN MOHD NAJIB 7A1B

Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2010
1 AISYAH KHALEEDA BINTI ROSLI 9A
2 NURUL HIDAYAH BINTI ALIAS 9A
3 HANOR NATASYA BINTI NOR AZMI 9A
4 MARISYA QISTINA BINTI MAZLAN 9A
5 MOHD AIMAN ZAKWAN BIN ROSLAN 9A
6 NOOR AFINA BINTI NOOR AZMAN 9A
7 NOURALEA BINTI AZEMAN 9A
8 NUR FARAHIYAH BINTI ABD GHANI 9A
9 NUR HIDAYAH BINTI SAMSUDDIN 9A
10 NUR YASIRAH BINTI CHE ALIAS 9A
11 NUR ZULAILA BINTI ZUL SHUKOR 9A
12 NURUL HANISAH BINTI MUHAMMAD AMRAN 9A
13 UMI ATIKAH BINTI YAA'KUB 9A
14 WAN MOHD AKMAL BIN WAN MOHD JAFRI 8A
15 AINA FADHILAH BINTI ABD RAHIM 8A
16 NADIA AFIQAH BINTI MOHAMAD 8A
17 AHMAD FAHIM BIN ZULKIFLI 8A
18 HAFIZUL RAHMAN BIN MOHD SUHAIMI 8A
19 MAZIAN BINTI HAMZAH 8A
20 MUHAMMAD NADZMI BIN MD AZAM 8A 
21 SITI NAJIAH BINTI SHEIKH MOHD AFANDI 8A
22 NURUL SYAZWINA BINTI  RAZALI 8A
23 WAN MARLIN BINTI ROHALIN  8A 1B
24 FERRY FIRMANSYAH BIN SUGITO 7A 1B 1D
25 MUHAMMAD AFIQ BIN AZIZ 7A1B1C
26 MUHAMMAD SHAHRUL AZWAN BIN SHAHURI 7A2B
27 NUR IEZZATY BINTI MUHAMMAD KHALIL 7A1B1C
28 NUR FATIN NABILAH BINTI SHARIFUDDIN AMIR 7A1B
29 MUZALIYANA BINTI ZAIDIN 7A1B
30 NUR ASILAH BINTI KAMARULZAMAN 7A1B
31 NUR ZUHAILI BINTI ZAULKAFLY @ ZULKEFLY 7A1B
32 NURNASHA ALYAA BINTI AHMAD NAZRI 7A1B
33 SITI NUR A’ISYAH BINTI MOHD TARMIZI 7A1B
34 NUR NADIA BINTI MOHD ZAKARIA 7A1B
35 NUR IZZATI SYAMIMI BINTI ZULKIFLY 7A1B
36 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN RAMLI 7A1B
37 MAISARAH BINTI MOHD ZABIDI 6A3B
38 WAN NUR AMALINA BINTI WAN MAZLAN 6A3B
39 NUR ALIA BINTI MOHD AZHAR 6A2B1C
40 MOHD FAKHRULLAH BIN HASAMAN 6A3B
41 YASMIN NABILAH BINTI ZAWAYI 6A2B1C
42 SITI NADHIRAH BINTI ABD KADIR 6A2B
43 SUHANA HAZWANIE BINTI JAMALUDDIN  6A2B
44 NOR FIRDAUS AFIQ BIN NORZIAN 6A2B
45 MUHAMMAD AZMI BIN SYED ABDUL JAMAL 6A2B
46 NUR FATHIHAH BINTI BAHARUDDIN 6A2B
47 SHAFIQ HAZIZI BIN SHAIPUL BAHARI 6A1B1C
48 NUR HOSNAFARTINI BINTI SAFEI 6A2B
49 NUR SYAHIRAH BINTI MOHD ZAHARI 6A2B
51 DZULFADZLI BIN ZAIDI 6A2B 
52 NORHIDAYAH BINTI WAHAB 6A2B
53 MOHD ALWI BIN RAIMI 5A3B1D
54 WAN MOHD IQBAL BIN WAN SHAMSUDIN 5A3B1D
55 MOHD AZRI RAZIN BIN ROSLAN 5A3B
56 MOHD NAZIRUL AFIQ BIN MOHD JOHARI 5A3B
57 MUHAMMAD NOR FAHIM BIN NOR FADZIL 5A3B
58 MOHD AZRI BIN MUHAMMAD  YUSOF 5A3B
59 NUR FATHIHAH FAZIRA BINTI MOHAMAD 5A3B
60 ATHIRAH NADIA BINTI MOHD NASIR 5A3B
61 SITI NURHANA SALWANI BINTI JAMALUDDIN 5A3B
62 NURUL AIN BINTI ZULKIFLI 5A3B
63 MUHAMMAD IZZUL DINIE BIN AZHAR 5A3B
64 BADLEE HAZMAN BIN YAAKUB 5A3B
65 AHMAD SAZWAN BIN MOHD ZUKHI 5A3B
66 NUR RABI’AHTUL ADAWIYAH BINTI ZAINUDIN 5A3B
67 MUHAMMAD AZZUAN BIN MOHD ZAIN 5A1B2C
68 NORHASLINDA BINTI UMAR 5A2B1C
69 NURZULAIKHA BINTI ZULKIFLI 5A3B
70 NUR SYAHIDA BINTI MOHD ZAHARI 5A3B

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010
1 SYAHIMI BIN SAZINI 8A1B
2 NAJWA SHAHIRAH BINTI ROSLAN 7A2B
3 MOHD AKRAMIN BIN MOHD JALIL 6A3B
4 NUR AIN FATIHAH BINTI MOHD AZIYAN 6A2B1C
5 RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLI 6A2B1C
6 NUR FARHANA BINTI SA'ADUDDIN  6A4C
7 NUR FATIN BINTI CHE RANI 6A2C1E
8 MUHAMAD NOR FADHLI BIN BAHAROM 5A4B
9 MUHAMMAD NAQIB BIN MOHD RASHIDI 5A4B
10 AINUN MUNIRAH BINTI MD RAZALI 5A3B2C
11 NUR SHAHIRA BINTI ZULZAMBI 5A3B1C
12 NUR ATIQAH NAJWA BT MOHD ARJUNADI 5A2B2C
13 NUR AMIRA BINTI ABDUL HALIM 5A1B4C
14 WAN NOR AZREEN BINTI WAN AB RAZAK 5A1B4C
15 NUR HANANIE BINTI MOHD ESAM 5A4C
16 NUR SARA BINTI RAIMI 5A1B3C1D
17 NUR ATHIRAH BINTI JOHARI 5A3B1C
18 SITI INTAN SOFEA BINTI JUZILAN 5A3B1C
19 SITI NOOR ASYIQIN BINTI SH MOHD RADZI 5A3B1C
20 NURUL FARHANA BINTI JOHARI 5A1B4C
21 ZALEHA BINTI ZOLKIFLI 5A3B1D