MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 29 January 2010

Majlis Anugerah Watikah Pelantikan Pengawas & Ketua Kelas

25 Januari 2010. Seramai 41 orang Pengawas dan 34 orang Ketua Kelas menerima Anugerah Watikah Pelantikan sewaktu Perhimpunan Mingguan di Dewan Besar. Watikah pelantikan Ketua Kelas disampaikan oleh Encik Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi, GPK Hal Ehwal Murid manakala Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus, Pengetua SMK Bukit Rangin pula menyampaikan watikah pelantikan kepada para Pengawas Sekolah. Penyerahan blazer Pengawas sumbangan PIBG ialah acara kemuncak majlis ini yang disampaikan oleh Tuan Haji Dhalan bin Salleh Tais,PKT., PJK., Naib Yang DiPertua PIBG SMK Bukit Rangin. Blazer yang berjumlah sebanyak 20 helai itu akan diguna pakai oleh Exco Tertinggi Badan Pengawas dan sesiapa sahaja yang mewakili sekolah dalam sebarang acara boleh juga meminjam daripada Badan Pengawas. Terima kasih PIBG!!!!

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis, En. Mohamed Nazim b.Ismail.

Ucapan Ketua Murid, Sdr. Mohd Naqib bin Mohd Rashdi.

Watikah Pelantikan Ketua Kelas disampaikan oleh GPK HEM,
En. Mohammad Nasri b. Mustafa Hilmi.

Watikah Pelantikan Pengawas disampaikan oleh Tuan Pengetua,
Tuan Haji Abdul Rahim b. Mohd Yunus.

Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG, Tuan Hj Dhalan b. Salleh Tais, PKT., PJK.


Penyerahan blazer kepada Exco Induk Badan Pengawas.

Ikrar Pelantikan yang diketuai oleh Ketua Murid. 

Ucapan Penutupan oleh Tuan Pengetua.

Cenderamata kepada Naib Yang DiPertua PIBG sebagai tanda penghargaan.

Diharapkan semua Pengawas dan Ketua Kelas menjalankan peranan masing-masing seperti yang diamanahkan dengan penuh telus dan dedikasi.
Remember....Great POWER Comes With Great RESPONSIBILITY!

1 comment:

  1. i love u 4ever smkbr-ex-student smkbr'09

    ReplyDelete