MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Tuesday, 29 June 2010

Majlis Permuafakatan Excel Group PMR & SPM

Tarikh  : 25 Jun 2010
Tempat  : Dewan Bitara SMK Bukit Rangin
Masa     : 8.30 pagi - 2.00 petang
Agenda  : * Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                * Bacaan doa
                * Ucapan dan Taklimat Excel Group
                * Perbincangan dan soal jawab
                * Penyerahan Hasrat Peribadi
                * Jamuan ringan
                * Diskusi
       Program ini merupakan program permuafakatan antara 3 pihak iaitu murid, ibu bapa dan sekolah untuk bersama-sama berusaha dan membantu antara satu sama lain agar kecemerlangan yang ada pada kumpulan ini dapat dikekalkan dan jika boleh, dapat ditingkatkan ketika peperiksaan sebenar nanti. Program sebegini amat baik untuk dimanfaatkan agar semua pihak bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing demi kebaikan semua pihak. Murid-murid tugasnya belajar bersungguh-sungguh, sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan berusaha sedaya mungkin dengan penuh iltizam untuk mendapat keputusan yang secemerlang mungkin. Ibu bapa pula berperanan untuk memberi sokongan moral kepada anak-anak supaya tidak jemu berusaha dan berkongsi rasa dengan mereka agar tidak mudah goyah sekiranya menghadapi masalah kerana pada peringkat umur ini, anak-anak lebih terdedah kepada tekanan dan pengaruh rakan sebaya. Manakala sekolah pula merancang dan mengadakan program-program belajaran agar dapat membantu murid-murid ini mencapai kecemerlangan.Tahniah kepada semua murid yang terpilih kerana anda diberi kepercayaan sebagai jaguh harapan sekolah. Secara tidak langsung murid-murid perlu ingat sebenarnya program ini merupakan MOU atau perjanjian murid dengan ibu bapa dan sekolah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.
     Murid-murid ini sebenarnya sangat bertuah kerana semua pihak berusaha membantu mereka untuk menggapai impian. Jauh benar bezanya jika nak dibandingkan dengan zaman saya bersekolah dulu. Semuanya sendirian berhad. Tergantung kepada masing-masing untuk jadi apa dan macamana. Pergi sekolah dan belajar pada waktu prep (sekolah asrama ada waktu belajar yang ditetapkan, sesiapa yang ponteng pasti mendapat `hadiah'nya).Guru-guru pula mengajar seperti biasa tanpa adanya program sokongan, sampingan atau sebagainya. Begitupun, berjaya juga menjejak kaki ke menara gading. Kesimpulannya, kejayaan tidak akan dikecapi sekiranya tidak disertakan dengan keazaman dalam diri sendiri. Yang nak berjaya kita, maka kitalah yang sepatutnya berusaha menjadi yang terbaik. Bukan sekadar tunggu dan lihat!
       Masa berjalan tanpa disedari. Gunalah masa sebaik mungkin. Seharusnya pada waktu ini tidak ada lagi murid-murid di kelas-kelas peperiksaan yang melepak, berbual-bual kosong, berfoya-foya atau menghabiskan masa lapang dengan perkara-perkara yang tidak berguna. Seharusnya murid-murid menggunakan setiap minit yang ada untuk mentelaah dan mengulangkaji pelajaran secara bersendirian atau berkumpulan. Seharusnya kelas-kelas peperiksaan mula sunyi daripada bunyi riuh rendah. Seharusnya setiap individu berteleku di meja masing-masing menghadap buku pelajaran. Seharusnya setiap hari dianggap hari yang terakhir sebelum menghadapi medan peperiksaan! Tanyalah kepada mana-mana saja nama-nama besar di negara kita atau dunia. Tanyalah kepada ratu squash negara, Nicole Ann David. Tanyalah kepada jaguh bolasepak dunia, David Beckham. Tanyalah kepada jaguh litar F1, Michael Schumacher, apakah rahsia mereka berjaya. Pasti jawabnya sama sahaja iaitu USAHA, ILTIZAM, SEMANGAT, DEDIKASI, dan DISIPLIN. Bagi kita orang Islam, TAWAKAL perlu sebagai resepi terakhir kerana kita wajib berserah kepada Allah s.w.t. setelah apa yang dikerjakan kerana Dia yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Mulalah sebelum terlambat. Hadiahkanlah senyuman untuk ibu bapa kerana tidak ada yang lebih berharga daripada sebuah kejayaan.
Sesi Perbincanga dan Soal Jawab
Penyerahan Hasrat Peribadi
Sesi makan-makan
Majlis Diskusi Anak-Ibu Bapa (calon PMR)
Group yang hanya mampu berdiskusi sesama sendiri....kasihan...
Majlis Diskusi Anak-Ibu Bapa (calon SPM)

`Seorang guru akan ke sekolah,
Seorang petani akan ke sawah,
Seorang tentera akan ke medan perang,
Seorang pengurus akan ke pejabat,
Seorang doktor akan ke hospital,
Seorang menteri akan bertemu rakyatnya,
dan seorang pelajar akan ke kelasnya,
oleh sebab adanya MASA.'

1 comment: