7 Jan 2011. Selepas bacaan Yaasin Perdana diadakan di Dewan Bitara, mesyuarat rumah sukan diadakan di beberapa tempat iaitu Dewan Bitara, Dewan Akademik, Surau dan Ruang Terbuka seperti yang telah ditetapkan. Antara agenda yang dibincangkan adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa baru dan acara sukan yang akan dipertandingkan. Acara Larian Merentas Desa merupakan acara yang paling hampir yang akan diadakan sekitar bulan Februari yang akan datang. Latihan juga telah bermula sejak minggu lepas lagi. Manakala acara olahraga pula ditunda ke bulan Julai. Bukan sahaja murid yang bersemangat, guru-guru juga turut sama merasa bahangnya.
Jadi, rumah sukan apakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan pada tahun ini. Adakah rumah sukan Laksamana akan mempertahankan kedudukannya seperti tahun lepas atau ada pencabar lain? Mari kita lihat, siapa yang kena!!!
Masyuarat Rumah Sukan |
No comments:
Post a Comment