MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Thursday 13 January 2011

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2011

31 Okt 2010. Hari Pendaftaran Murid Tingkatan 1 bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat pihak sekolah kepada ibu bapa dan murid yang hadir tentang SMK Bukit Rangin, peraturan sekolah, koperasi, biasiswa dan pendaftaran untuk Tingkatan 1. Taklimat disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Rahim dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Encik Mohammad Nasri. Kemudiaannya ibu bapa mula bergerak ke kelas yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk proses pendaftaran. Lebih daripada 60 orang murid pula hadir untuk mendaftar setelah rayuan mereka untuk belajar di SMK Bukit Rangin diluluskan oleh pihak JPN Pahang atau PPD Kuantan. Proses ini dijalankan di Bilik Gerakan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Sehingga sesi pendaftaran berakhir, jumlah keseluruhan murid Tingkatan 1 yang mendaftar tahun ini melebihi 300 orang.  

Klik pada gambar untuk album.
Pendaftaran Tingkatan 1 2011

No comments:

Post a Comment