Tempat : DATARAN SAUJANA SMKBR
Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang - kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun.
Matlamat Dasar 1M1S
Dasar 1M1S berhasrat untuk :
- Menbangunkan modal insan melalui penyertaan murid yang menyeluruh dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
- Memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Objektif Dasar 1M1S
- Meningkatkan kecerdasan jasmani
- Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan nilai murni
- Memupuk perpaduan
- Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid
- Memenuhi naluri semulajadi murid
- Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
- Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan
No comments:
Post a Comment