Anjuran:
Unit Kokurikulum
Panitia Sejarah
Panitia Sivik & Kewarganegaraan
Matlamat:
Menyemai semangat patriotik, jati diri, cinta akan bangsa, agama dan tanah air melalui mata pelajaran Sejarah dan penghayatan program sepanjang Bulan Kemerdekaan.
Tajuk : Kisah Ibuku
Bismillahhirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Izinkan aku untuk bercerita kisah Ibuku.
Hadirin sekalian,
Ibuku bernama Tanah Melayu
Bapaku pula ada.
Melayu, Cina dan India
Bapa Melayuku bernama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Bapa Cinaku bernama Tun Tan Cheng Lock
dan Bapa Indiaku bernama Tun Sambanthan
Kisah ibuku telah bermula lama dari zaman Gangga Negara , Kesultanan Melayu Melaka. Namun keamanan hidup ibuku mulai terganggu sejak 1824 apabila Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Terpisahlah ibuku daripada adik-beradiknya yang lain di Nusantara. Tambah perit lagi apabila British cuba memperkenalkan Malayan Union di sini. Seingat aku pada 1 April 1946 di King’s House yang kini dikenali sebagai Carcosa Seri Negara dan Sir Edward Gent orang yang bertanggungjawab melafazkan akad Malayan Union kepada Ibuku.
Namun Alhamdulillah, berkat sokongan rakyat yang bangkit menentang prisip jus soli akhirnya Bapa angkat tanpa relaku British mengangkat tangan tanda mengalah pada 1 Februari 1948.
Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan ayahku Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai presiden yang baru. Pada tahun 1954, beliau mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya.
Pada 27 Julai 1955 beliau bergabung dengan bapa cinaku dalam MCA bapa Indiakudalam Parti Perikatan sehingga memenangi pilihanraya pertama dengan 51 daripada 52 kerusi. Benarlah kata orang, muafakat membawa berkat. Setelah bergabung barulah menjadi kuat. 1 Januari 1956 dengan menaiki Kapal MV Asia dari Tanjung Pagar Singapura, rombongan kemerdekaan menuju ke rumah datuk angkat tanpa relaku, British.
Hairan tercengang nenek tiri tanpa relaku British melihat bapaku berpencak berdebat dengan hemah tetapi tegas di Lancester House pada 8 januari 1956. Akhirnya bapaku berjaya meyakinkan supaya ibuku perlu dibebaskan daripada belenggu penjara datuk angkat tanpa relaku, British.
Pada 20 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman sampai di Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka.
Disambut pemuda bermotosikal dan diarak dengan kereta hitam bernombor M4442 serta dia sempat singgah di rumah bapa Cinaku di Klebang. Eratnya ukhuwah bapa-bapaku. Apabila sampai di Padang Bandar Hilir, Tunku mengumumkan tarikh pengisytiharan kemerdekaan dan mengumumkan pembinaan Stadium Merdeka.
Akhirnya pada 31 Ogos 1957, hujan lebat sekitar jam 5 pagi akhirnya reda dengan pengisytiharan kebebasan ibuku, Tanah Melayu daripada cengkaman dan penjajahan selama 447 tahun. Laungan Merdeka akhirnya membebaskan jiwa hamba dan akhirnya lahirlah aku, kau, kau, kau juga sekalian yang ada……………….
Kita… rakyat 1Malaysia..!
[En. Mohd Nazir bin Noh (guru Bahasa Melayu di SMKBR) pernah menyandang Naib Johan Pengisahan peringkat Kebangsaan pada tahun 2006 dan seterusnya sebagai Johan pada tahun 2008]
Perarakan Jalur Gemilang |
No comments:
Post a Comment