MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Friday 1 November 2013

MUNAJAT PERDANA 3 & BICARA MAAL HIJRAH

Begitu pantas masa berlalu. Diam tak diam, tahun baru 1435 Hijrah hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Bermakna semakin bertambah pula umur kita tetapi semakin pendek pula masa yang kita ada. Oleh itu, masa yang ada tidak seharusnya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Marilah kita bersama-sama berlumba untuk berbuat kebaikan selagi masa masih ada. Rasulullah saw bersabda, "Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan beramal ibadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari".
 
Unit Bina Insan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Ma'al Hijrah lebih awal agar dapat diraikan oleh semua warga BRASS kerana peperiksaan SPM akan bermula pada hari Rabu minggu hadapan sebaik sahaja selepas cuti umum Awal Muharram. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat yang berlipat kali ganda hasil Solat Dhuha, Solat Hajat dan ceramah Ma'al Hijrah yang begitu berinfomatif dan menghiburkan daripada Ustaz Mohd Fitri bin Ibrahim. Selamat Ma'al Hijrah!








Bicara Maal Hijrah telah disampaikan oleh USTAZ MOHD FITRI BIN IBRAHIM .







No comments:

Post a Comment