Unik dan klasik sekali tema jamuan makan malam akhir Kelab Staff tahun ini di Hotel Megaview Kuntan. Diiringi dengan tema Hitam-Merah menjadikan acara kali ini bersulamkan mood misteri dan berani. Mungkin tema ini bersesuaian dengan usia Kelab Staf BRASS yang menjangkau ke usia 12 tahun - semakin berani! Kemisteriannya pula terungkai apabila 2 orang guru diraikan secara mengejut kerana menyambut hari lahir pada bulan November. Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Pn. Siti Zaliha dan Pn. Noor Hasimah, semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Majlis kemudian dikejutkan pula dengan beberapa anugerah kepada guru-guru yang mendapat undian terbanyak seperti guru/staf vogue, jelita, tampan, gila kerja, kreatif, tegas, mesra, penyayang, ringan tulang dan sebagainya. Majlis berakhir dengan satu lagi kejutan iaitu anugerah King and Queen of the Night iaitu En. Mohd Akmal dan Pn. Umi Suhara (kedua-duanya staf sokongan). Memang terserlah ketampanan dan kejelitaan masing-masing, bak bulan di pagar bintang!!!
Ucapan Naib Pengerusi Kelab Staf, Pn. Hjh Umbi Kalthum. Pengerusi, Tn Hj Azhar tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan. Semoga cepat sembuh. |
Ucapan Pengetua antaranya menyatakan tentang pertambahan kerja yang lebih berat kepada guru-guru pada tahun hadapan... Oh my God! What a surprise! |
Birthday moms...Pn Siti Zaliha & Pn. Noor Hasimah (sebenarnya ada lagi dalam list tapi tak hadir - En. Mohd Nazir & Pn. W. Norizan). |
Friends yang happy dengan hadiah Cabutan Bertuah yang paling gempaq dimenangi oleh Pn Farah Wahidah yang terpaksa pulang awal kerana anak dah mula menangis nak zzzz.... Tahniah Farah! |
King & Queen of the Night...En. Mohd Akmal & Pn. Umi Suhara. Congratz! Tak sia-sia melawo! |
Tahniah kepada yang menang dan mendapat anugerah. Semuanya hanya untuk memeriahkan acara makan malam Kelab Staff BRASS bagi tahun 2013 dan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli, sambil-sambil melepaskan lelah seketika sebelum bermula kamus 2014. Pastinya semua yang hadir berpuas hati kerana setiap orang membawa pulang hadiah hasil daripada Cabutan Bertuah (yang berbeza cuma jenis hadiahnya sahaja, ada yang mahal, ada yang murah).
Sehingga berjumpa lagi tahun depan dengan semangat dan azam baru!
No comments:
Post a Comment