PENGENALAN
Dalam usaha untuk meningkatkan prestasi MURID dari segi kepimpinan, sahsiah dan akademik, kita sedia maklum bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam mencapai hala tuju sesebuah persatuan. Oleh itu, mereka perlu dibimbing sebaik-baiknya bukan sahaja dari segi kepimpinan tetapi juga pemupukan rohani, emosi, jasmani, sosial, dan intelek. Kebanyakan pemimpin kecil ini masih kurang menyedari matlamat serta hala tuju, mempunyai keyakinan diri yang rendah, konsep kendiri yang longgar, dan kurang menjiwai ciri-ciri kepimpinan yang boleh dibanggakan.
Atas dasar inilah, maka satu program motivasi dan kepimpinan untuk golongan ini perlu diadakan sebagai salah satu usaha mempertingkat pembangunan sekolah secara keseluruhan.
MATLAMAT
Mempelopori generasi muda berkepimpinan Islam
OBJEKTIF
1. Membina jatidiri murid dan menanam sikap kepimpinan di usia muda
2. Memberi pendedahan sebenar kaedah bekerja dalam satu pasukan untuk kejayaan organisasi.
3. Memberi kesedaran tentang sumbangan dan potensi diri yang perlu ditonjolkan dan menjadi sumber kejayaan.
4. Menguatkan mental dan fizikal pemimpin untuk berfikiran positif dan mengikis fikiran negatif jauh dari diri mereka.
TEMA
“Jatidiri Membentuk Peribadi”
JADUAL AKTIVITI KEM
Hari 1 (18 April 2014)
2.30 ptg : Pendaftaran/Taklimat/Pengurusan
4.30 ptg : Solat Asar & minum petang
5.00 ptg : Kawad kaki bersepadu
6.30 ptg : Urus diri & makan malam
7.30 mlm : Solat Maghrib/Solat Hajat/Tazkirah/Solat Isyak
9.00 mlm : LDK 1 - Ice Breaking & Team Building
11.00 mlm : Rehat/Tidur
Hari 2 (19 April 2014)
5.00 pg : Zikir Munajat/Solat Subuh/Kuliah Subuh
7.00 pg : Perhimpunan Pagi/Kecergasan/Sarapan
8.00 pg : PDK 1 - Explorace & Resolusi
10.00 pg : Kudapan
10.30 pg : LDK 2 - Pengurusan Organisasi
1.00 tgh : Makan tghari/Solat/Rehat
2.30 ptg : Ceramah "Keluarga Bahagia Anak Soleh"
4.30 ptg : Solat Asar/Minum petang
5.00 ptg : Perasmian penutup
No comments:
Post a Comment