Chromebook adalah model komputer mudah alih generasi baru yang dibangunkan secara bersama oleh pihak Google dengan beberapa pengeluar peralatan komputer. Dalam projek 1BestariNet chromebookdibekalkan ke sekolah-sekolah melalui konsep chromelab atau makmal mudah alih chromebook untuk digunakan di sekolah. Malah para pentadbir sekolah telah didedahkan dengan program outreachmengenai perlaksanaan projek ini pada akhir tahun lepas.
Untuk makluman makmal chromebook ianya terdiri daripada beberapa komponen seperti berikut dan ada sekolah mendapat satu set atau dua set mengikut keperluan sekolah, berikut adalah senarai untuk satu set chromecart mobile lab yang ada di sekolah :
- 1 rak pengecaj beroda chromebook
- 21 chromebook (16 model wifi dan 5 model 4G)
- 1 zoom Yes 4G
- 1 AP wireless
- 1 Cache Machine
- 1 Pencetak Awan (cloud printer)
Para pelajar tekun mencari contoh karangan Bahasa Inggeris melalui internet dengan menggunakan chromebook semasa kelas IPS. |
Guru-guru di BRASS menikmati kemudahan chromebook ini sebagai ABM untuk membolehkan para pelajar membuat akses kendiri pembelajaran (self-access learning) seperti mencari bahan pembelajaran melalui internet, menaip tugasan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment