MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Saturday, 19 April 2014

Nasyid dan Syarahan Agama Peringkat Negeri

Manusia hanya mampu berusaha namun Allah menentukan segala. Pasukan nasyid sekolah As-Syabab hanya mampu menduduki tempat ke-5 dalam Pertandingan Nasyid peringkat negeri Pahang yang diadakan di SMK Dong Raub Pahang. Persembahan yang terbaik pernah dilaksanakan nampaknya tidak mampu mengalahkan pasukan dari Bera yang memperoleh tempat pertama. Diharapkan pasukan As-Syabab di bawah pimpinan YM Tg Hisamudin tidak akan berputus asa dan bersabar untuk meneruskan perjuangan di masa akan datang. 

As-Syabab sewaktu persembahan

Manakala Raziah bt Maksum dari 2 Bestari pula hanya berjaya di tempat ke-3 dalam pertandingan Syarahan Agama di tempat yang sama. Peluang masih ada untuk Raziah di tahun-tahun akan datang untuk bergelar juara. 

Raziah bersama piala dan sijil yang dimenanginya

Apapun, tahniah untuk kedua-dua pasukan nasyid As-Syabab dan Raziah yang berjaya memperolehi pengalaman berharga melalui pertandingan peringkat negeri. Suatu pengalaman  yang bukan semua orang berpeluang mengecapinya. Semoga berjaya pada masa hadapan!

No comments:

Post a Comment