MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com

Lokasi : Perumahan Bukit Rangin
Visi : SMK Bukit Rangin Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2016
Misi : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Friday, 2 May 2014

Majlis Persaraan Tuan Haji Azhar bin Sudin

Hari yang dijanjikan akhirnya muncul jua. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang datang pasti akan pergi. Berkhidmat sebagai guru selama 40 tahun, Tuan Haji Azhar diraikan dalam majlis persaraan yang penuh gemilang sempena persaraannya pada umur 60. 

Banyak kenangan yang tidak mungkin akan luput dari ingatan. Kem Kepimpinan, lawatan, pot luck, program korban, program motivasi dan kecemerlangan, dan sebagainya...pasti akan mengingatkan kami akan jasa Cikgu Azhar yang bukan sedikit. Usia seperti tidak menghalang beliau untuk terus cergas berkongsi idea dan kerja bersama golongan muda. Hanya keupayaan fizikal yang semakin mundur akibat dari serangan strok pada tahun 1998, kadangkala dan semakin menyukarkan pergerakan. Kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan Cikgu Azhar dalam neniti usia persaraan bersama keluarga tercinta. Jengahlah kami di sini sekiranya ada kelapangan untuk kita berkongsi cerita biarpun tidak lagi sama seperti dulu...

Perjumpaan khas guru-guru bersama Cg Azhar


Potluck guru


Persembahan Nasyid oleh kumpulan As-Shabab


Persembahan Puisi & Lagu

Persembahan pelajar Tingkatan 5


Persembahan multimedia

Deklamasi sajak mengiringi persembahan multimedia
Ucapan Ketua Pelajar, Faisal Izzuddin b Suris




Pengacara majlis, Pn Norazmah dan Pn Sapura



YM Tg Hisamudin,  pakar Siaraya



Nyanyian lagu Pertemuan dan Perpisahan
Hadiah dari Tuan Pengetua,  Tuan Haji Zaimi

Hadiah dari wakil Tingkatan

Gimik turun helikopter dari bekas pelajar, Naeimuddin

Hadiah dari bekas pelajar batch 1998

Hadiah dari kumpulan Sokongan

Hadiah dari Ustz. Sharifah Ruthoa'aiyah

Hadiah dari Bidang Sains dan Matematik

Hadiah dari Panitia Seni Visual

Hadiah dari Panitia Bahasa
Hadiah dari Unit Kaunseling

Hadiah dari GPK HEM, Ustaz Nazli

Hadiah dari GPK 1, Pn Haniliza

The last punch out





Konvoi menghantar pulang


Tahniah diucapkan kepada group AJK Kelab Staf di bawah pimpinan Pengerusi nya, En. Ismail Ali kerana perjalanan majlis yang begitu lancar dan hebat. Bermula dari perjumpaan khas guru-guru ke pot luck sehinggalah ke detik kemuncak Cikgu Azhar berada di atas tandu, semuanya sangat manis dan meninggalkan kenangan yang sungguh mendalam. 

Sesungguhnya,  kekuatan sebuah sekolah berdiri di atas usaha dan kesepakatan warganya. Semoga terus berjaya untuk program-program BRASS yang mendatang. 

1 comment:

  1. SELAMAT BERSARA En Azhar, aumbangan serta komitmen beliau dlm aktiviti unit kebajikan juga sangat besar. Terimakasih dari kami, moga beliau dapat meniti saat persaraan yg sangat bermakna bersama famili tercinta

    ReplyDelete