MENGENALI SMKBR

SMK BUKIT RANGIN
25150 KUANTAN
Tel : 09-536 6235
Faks : 09-536 1457
Emel : cea4081.smkbr@gmail.com
Tagline : BRASS SUPERB
Slogan : Kejayaan Milik Setiap Murid
Moto: Cendekia, Etika, Terampil
Visi : Sekolah Berkualiti Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Menjelang Tahun 2025
Misi : Mengembangkan Potensi Individu Melalui Sistem Pendidikan Berkualiti dan Holistik
SELAMAT HARI GURU 2023-GURU INSANI PEMANGKIN GENERASI MADANI

Monday, 22 December 2014

Hari Pelaporan PT3 2014

Keputusan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan menyenaraikan hanya 7 orang sahaja calon BRASS yang berjaya memperolehi keputusan Semua A bagi semua subjek, iaitu 10@11A. Bagaimanapun, ianya adalah sesuatu yang membanggakan memandangkan format PT3 ini adalah suatu yang baharu. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Tidak kurang pula yang mendapat keputusan yang ala kadar saja dan pastilah ada juga yang sangat teruk. 











PT3 tidak boleh dibandingkan dengan PMR. Kedua-duanya sangat berbeza. Ternyata PT3 adalah lebih sukar kerana soalannya berbentuk struktur dan memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk menjawab sebahagian soalan-soalan yang dikemukakan. Tidak ada langsung soalan objektif sepertimana kebiasaan di mana ada calon boleh 'main tembak' saja! Soalannya jauh berbeza dengan PMR. Calon perlu pandai menerangkan situasi dengan memberi alasan-alasan yang munasabah dalam jawapan. Calon perlu menulis sendiri ayat untuk menjawab, bukan lagi boleh pilih saja seperti sebelum ini. PT3 benar-benar menguji kefahaman dan kemampuan berfikir murid-murid. PT3 benar-benar memerlukan kematangan berfikir murid-murid untuk memberikan hujah-hujah yang bernas. 

Grednya pula adalah gred sekolah kerana penilaian ini adalah berasaskan sekolah. Jadi, tidak mustahillah keputusan keseluruhan calon PT3 di sekolah ini, bahkan di seluruh negara, menurun, tetapi lebih berkualiti. Cuma mungkin pelaksanaannya agak segera, dengan persediaan mental yang agak sedikit, maka  beginilah hasilnya. Tetapi pengalaman tahun ini pasti akan merubah prestasi pada tahun hadapan. Calon-calon lebih bersedia, guru-guru dan ibu bapa pula sudah memahami pelaksanaan dan strategi dengan lebih jelas dan jitu. Maka, insyaAllah hasilnya nanti pasti lebih baik dan akan membuatkan ramai calon, guru malahan ibu bapa akan tersenyum lebar. Itulah yang diharapkan. ✌

No comments:

Post a Comment